Sunday, 30 December 2012

over confident-- Ada ke???31 februari??

Assalamualaikum semua sahabat... Hari ni HN nak berkongsi sedikit cerita kelakar.. tentang ADA KE???

Begini ceritanya::

seorang supervisor bertanya kepada seorang pekerja tentang tarikh bercuti..

supervisor:: afiq, hang cuti berapa lama??
afiq:: sebulan bang..
supervisor:: sebulan tu, tarikhnya bila??
afiq:: 31/2 bang... napa?? (gaya confident)
supervisor:: 31/2?????? (pening lalat kejap)
afiq:: ye,, 31 february..
supervisor:: hang ni biaq betui.. mana ada 31 februari.. dah 30 tahun aku hidup kat dunia ni.. x penah dengaq pun 31 february ni??
afiq:: ha?? pe saya cakap tadi??? 31 februari ?? Ya Allah.. abang.. maaf naa.. tersalah pulak.. hehe (gaya malu.. merah padam muka..)
supervisor:: hahaha... hang ni lawak la.. ada ka???
afiq:: abang.. sori.. hehe.. malunya aku...

si afiq ni pun dengan malunya... gelak sendiri.. tersasul je.. kesian dia... tetiba afiq membuat intercom ke supervisornya..

afiq:: hello,, abang..
supervisor:: ye 31 februari... ada pe??? haha
afiq::  eee.. abang ni... teruklah..
supervisor:: haha.. ada ka... hahaa...

pengajarann cerita ini.. setiap apa yang kita nak cakap kita kene fikir dan susun elok-elok dan jangan terlalu ""OVER CONFIDENT"" ..

--semoga ada kebaikan yang boleh dikongsi--

Sunday, 16 December 2012

Fadhilat berjemaah & rahsia rukun solat

Assalamualaikum..sahabat blogger semua.. lama sudah HN tidak menulis sesuatu pengisian dalam blog kesayangan HN ini.  Hari ini Alhamdulillah dengan kekuatan yang ada dan keizinan yang Allah beri.. HN ingin berkongsi sesuatu. kebanyakan kita mengerti dan mengetahui tentangnya.. Namun ramai juga yang masih leka dan meninggalkannya..

Fadhilat mengerjakan Solat berjemaah dan Rahsia rukun solat







Wednesday, 24 October 2012

salam aidiladha..

Assalamualaikum semua sahabat blog.. maaf andai lama tak update blog ni... sibuk dengan kerja-kerja seharian..

Hari ini permulaan sebelum masuknya tahun baru muharram.. 9 zulhijjah... sunat berpuasa pada hari ini..

Terdapat dalam suatu hadis:

Sabda Rasulullah s.a.w :
صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً
Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

Alhamdulillah..HN dapat berpuasa sunat.. Esok 10 Zulhijjah..raya korban dah... sebelum nak balik ni, HN nak ucapkan selamat hari raya  aidiladha kpd semua rakan blog semua..


Selamat berhari raya semua..yang memandu berhati-hati..yang naik dengan bas pesan dengan driver bawa hati-hati.. Di jalan raya perlu bersopan dan bersabar.. kita (muslim) kan diajar dalam Islam agar sentiasa bersabar walau dalam apa jua keadaan..

Dalam mood gembira berhari raya aidiladha atau kampung HN panggil  "raya haji".... Teringat Arwah mak HN..dia teringin nak pergi buat haji..namun..Allah terlalu sayangkan dia... Allah jemput dia terlalu awal bagi HN.. Dalam keadaan tidak mudah menerima, HN cuba tabahkan diri juga..moga Allah merahmatinya di sana..

InsyaAllah..walau mak tak dapat pergi... HN akan cuba penuhinya.. akan buat upah haji tuk mak.. Abah yang masih sihat..HN doa sangat-sangat.. agar abah terus sihat.. HN nak sangat pergi haji dengan abah.. abah doakan HN berjaya dalam kerjaya dan HN nak sangat tunaikan hajat abah nak pergi haji.. macam mak..

Allah permudahkan setiap langkah niat dan perancangan HN ni.. rindu sangat kat mak dan abah... (menitis air mata)

Wednesday, 22 August 2012

Tak salah wanita menyanyi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman blogger...

HN kesibukan sikit di hari lebaran ini... Maklumlah, ramai tetamu datang ke rumah. Tak meang tangan dibuatnya... Namun, ia masih tidak semeriah lebaran tahuan sebelumnya.. sebelum 6 tahun dulu..  Sewaktu mak masih ada...

Tak apa.. insyaAllah, HN bermohon agar lebaran akan datang membuat kan semeriah dan sehebat tahun-tahhun lalu...

Baiklah..HN nak membincangkan tentang salah satu isu berkaitan dengan wanita...

Anda suka menyanyi???jom kita selongkar isu menyanyi..


Kita selalu dengar suara perempuan itu aurat... Wanita tak boleh menyanyi, menjerit, dan seangkatan dengannya..
-Kalau betul lah mengapa Allah kurniakan suara kepada wanita..sedangkan kita tahu, cipataan Allah itu tiada yang sia-sia.
-Mesti ada sebab Allah mengurniaka suara kepada wanita dan mengapa Allah tidak membenarkan wanita itu untuk melembutkan suaranya.

Maka suara wanita itu akan menjadi aurat dalam beberapa keadaan:
1. Apabila dilagukan
2. Apabila dilenggukkan
3. Apabila dilembutkan dan dimanjakan

Ketiga-tiga keadaan ini akan menyebabkan suara wanita itu menjadi aurat apabila adanya lelaki yang bukan mahramnya mendengar dan boleh menaikan nafsu syahwat lelaki tersebut sehingga menyebabkan penyakit hati dalam dirinya.

Namun, jika suara wanita itu dilagukan,dimanjakan, dilembutkan dan dilenggukkan dalam kalangan wanita.. Ia menjadi hukum Harus... Tak salah wanita itu ingin menyanyi ketika itu.. Tapi yang penting tiada lelaki yang bukan mahram (lelaki ajnabi) ada bersama.

HN akan beri sedikit tips untuk wanita menyanyi:
1. Pastikan tempat anda itu tertutup
2. Pastikan tiada lelaki yang bukan mahram (lelaki ajnabi)
3. Pastikan liriknya bermakna dan tidak melanggar syariah
   - Pilih lagu yang baik
4. Pastikan suara anda tidak didengari oleh orang lain melaikan orang yang ada bersama dengan anda..
dll.

Sedikit pesanan buat semua... anda juga bole menyanyi dan juga bole menjerit tapi ingat... niat anda itu ya...

Saturday, 18 August 2012

1 syawal tiba

Assalamualaikum... dan salam sejahtera buat sahabat blogger sekalian...

Maaf kerana terlalu lama tak update entry... banyak urusan yang nak diuruskan...dalam masa bulan ramadhan ni,...

di kesempatan ini...HN ingin mengucapkan:


SELAMAT HARI RAYA 

dan ucaplah :-

'تقبل الله منا ومنك'
(TAQABBALALLAHA MINNA WA MINKA)
Maksudnya:
"Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu"

Semoga dengan ucapan baik ini dapat membolehkan kita saling mendoakan...

Ucapan ini diamalkan oleh Salafussoleh...


HN juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan salah silap HN sepanjang menulis ini.. Namun jangan jadikan hari raya ini musim bermaafan... namun,jadikan setiap hari,minit,saat,detik yang ada sebagai waktu bermaafan..


HN juga ingin berkongsi sesuatu tentang sunat2 yang boleh dilakukan pagi2 1 syawal:


Gambar ini merujuk sedikit amalan sunat yang boleh kita amalkan...


Namun HN juga ingin memberi sedikit nasihat dan pesanan:

1. Teruskan lah amalan solat malam yang biasa anda lakukan malam2 bulan Ramadhan
2.Jagalah solat mu.. (jangan biarkan syawal ni bulan maksiat)Allahua'lam
3.Jagalah aurat mu.. 
   -> Tidak bertabbarruj berlebihan bagi wanita (make up,wangian,perhiasan dll)
   -> Tutuplah aurat tapi bukan balut aurat.. (pakai pakaian yang longgar dan tidak jarang)
4. Jagalah akhlak mu..
   -> Bersalamlah dengan mereka yang MAHRAM kita,, MAHRAM itu mereka yang tidak boleh mengahwini kita/dikahwini..
      -> Bersopan dan bersantun kita walau dimana kita berada..
      -> Memohon maaf pada seseorang dengan ikhlas, dan bukan keran Hari Raya
5. Bersedekahlah banyak
    -> Sedekah yang paling mudah, tidak memerlukan duit,bole dibuat di mana-mana,tp bole dapat pahala :
       SENYUM!!!
(baikkan Allah)

Akhir kata...selamat menyambut syawal tahun ini..dan bermohonlah agar kita antara yang dapat bertemu ramadhan dan juga syawal dan bulan yang lain..





Saturday, 28 July 2012

Ajaibnya Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada  semua sahabat blog HN.

Salam Ramadhan Kareem.. Terlalu istimewa ramadhan ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan keajaaibannya.

Antara kelebihan ialah:
1. Penghulu segala bulan
2. Allah mengurniakan bulan Ramadhan ini hanya untuk ummat Nabi Muhammad s.a.w saja.
3. Bulan yang sentiasa dibuka pintu-pintu syurga
4. Bulan yang sentiasa menawarkan ganjaran pahala bersama dengan tarbiyah.
5. Bulan doa dimakbulkan.
6. Bulan dimana ditutup pintu-pintu neraka
7. Telah dirantai dan dibelenggu syaitan.
8. Terdapat satu malam  yang istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.

Ramai daripada kita ni menyambut Ramadhan dalam kesederhanaan, namun menyambut syawal dalam kemewahan, sedangkan Nabi berpesan bersederhanalah kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

HN suka untuk menonton rancangan semanis kurma.. Terlalu banyak input yang bolehkita belajar dan kita amalkan..
Antaranya ialah doa, surah ibrahim ayat 41 - untuk memohon keampunan daripada Allah untuk diri kita dan maka ayah kita dan juga surah al-baqarah 127- memohon Allah menerima semua amalan kita.

Di bulan Ramdhan ini terdapat dua JIHAD;
-Jihad di siang hari - berpuasa dan tidak melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah.
- Jihad di malam hari - meneruskan amalan dengan bersolat terawih,solat malam, bersahur dan sebagainya.

"puasa yang kamu puasa,al-quran yang kamu baca, sesungguhnya dua amalan inilah yang akan menjadi syafaat kepada kamu di akhirat kelak"

"Maniskan iman,maniskan senyuman"

Dalam ilmu agama ini menjadi indah apabila ilmu itu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan kita. Walaupun tidak setinggi mana ilmu yang kita ada, namun mengamalkan ia dalm kehidupan itu"

"Ilmu apabila anda buat,anda dapat"

boleh tonton rancangan ini di laman web www.tonton.com.my

Thursday, 12 July 2012

Langkah membina BAITULMUSLIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah..di kesempatan dan kesihatan yang Allah beri ini.. HN dapat nak coretkan sedikit untuk entri kali ini..

Tajuk kita ialah: Langkah membina BAITUL MUSLIM..

Apakah itu BAITUL MUSLIM??
--ia adalah bermaksud keluarga ISLAM.
"sesungguhnya perkahwinan itu adalah benda yang suci.."


Tips:
1. Bertanya/minta pendapat
-Bertanya pada kawan-kawan anda tentang si dia..Bertanya adakah anda elok meneruskan hubungan ini .

2.Risik sikapnya dan status
-Bertanya pada sahabat baiknya tentang sikapnya dan juga statusnya.
-Status apa tu?? status:sudah berpunyakah si dia?
-Selepas mengetahui sikap,agamanya dan statusnya, barulah bole menilai.
-Jika si dia masih belum berpunya dan sudah bersedia untuk di risik,baru perkenalkan diri anda, (jika si dia masih belum sedia, kita tinggalkan dulu si dia.. tanpa memperkenalkan diri) 

3. Memilih orang tengah.
-Tujuan: anda tidak berdepan dengan si dia berduaan & bertukar-tukar cadangan/soalan.
- Orang tengah ini selalunya wakil anda dan si dia.
-Ketika ini jika masing-masing sudah sedia, bole lah saling bertukar pengenalan diri
-Pilihlah dalam kalangan sahabat anda yang anda sangat percaya.

4. Bersemuka
-Bersemuka ini adalah yang kedua terakhir langkah sebelum kita memilih dia sebagai teman hidup kita.
-Berjumpa bersama-sama sahabat orang tengah yang kita dah pilih tadi.
-Waktu pertemua ini adalah untuk anda mengenali dan melihat wajah si dia.
  "Rasulullah ada berpesan; sebelum memilih pasangan, lihatlah wajahnya dahulu setelah melihat akhlaknya dan agamaya, kemudian buatlah penilaian dan keputusan"


5. Solat Istikharah
- Buatlah solat istikharah supaya Allah membantu anda membuat keputusan.
-Berdoalah
  "Ya Allah, jika dia adalah yang KAU jodohkan untukku, maka kau rahmatilah hubungan ini, dan pertemukan hati-hati kami ini dalam redhaMU... dan permudahkanlah segala urusan jodoh ku ini... KAU tunjukkan lah jalan atas pilihan jodohku in"



 anda juga bole berdoa ikut doa yang anda ingin lafazkan. ini adalah salah satu doa yang mudah dan bagus untuk anda baca.




Saturday, 30 June 2012

seronok bila buat baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat..

Alhamdulillah..setelah sekian lama menunggu kekasih hati yang lama bertukar tangan dengan orang, akhirnya kau kembali.. teringat 'hakim'hati HN...

Nak tau, hakim hati HN apa?? dia ialah my laptop..

walau laptop HN tak sehebat laptop orang lain, HN bersyukur sebab, dia dah bersama HN selama 3 tahun ni..




Apa entri kali ni ya.. 

nak cerita tentang seronook bila buat baik ni.. 

ada lah cerita kawan HN ni..dia kata, adalah satu hari ni.. dia tak kenal pun budak ni...tapi..

"kak, boleh tolong saya?"

"tolong pe dik?"

"tolong pinjamkan rm1.saya tak cukup duit lah"

"oh ya ka...ok..nahh..rm 1ni.. jangan bazir2 tau..huhu" (dalam hati masih terfikir2, betul ke bagi duit tu?, tapi dia percaya adik tu memang perlukan duit)

selepas beberapa jam, dia nampak pula adik tadi, nampak cam ada duit je..tapi napa nak minta duit aku?? terasa nak mengungkit ni.. 

bila di tengok adik tadi tu, rupanya, dia guna duit yang dia bagi tu tuk beli  nasi tuk seorang pak cik. pakcik tu tak ada duit..

hilang perasaan buruk tadi.. terasa, perkara baik itu pasti berlarutan..

nak dipendekkan cerita, satu hari tu, kwn HN tak cukup duit ni.. bukan sikit, banyak tau.. RM 100... tapi entah macam mana, Allah bantu, tidak lah Allah bagi  Rm 100 jatuh atas riba tapi Allah bagi jalan macam mana nak dapat duit..

"adik, ada kawan nak kerja tak?"

"napa?"

"nak cari pekerja ke?"

"A'ah,ada ke?"

"erm..kawan tak da, tapi saya sedang cari kerja.boleh ka saya kerja
 dengan makcik?"

"alhamdulillah.bole2"

Ya Allah... hanya dia je tau...betapa bersyukurnya dia... beri RM 1, tapi Allah bantu kita lebih dari itu..














Sejak dari itu, kawan HN suka sangat nak tolong orang, walau dia tak kenal orang tu.. sebab dia rasa seronok...

Ha... sahabat semua.. amacam, pernah rasa seronok buat baik???
kalo tak pernah,,, jom kita buat baik dengan rasa ikhlas.. insyaAllah.. akan rasa seronok tu...


jom kita jadi baik..dan buat baik...


Thursday, 28 June 2012

Dompet isteri (Dompet suami dompet isteri, dompet isteri dompet isteri)

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat blog sekalian...

Entri kali ini..HN nak kongsikan pengisian yang HN dapat selepas menonton rancangan "Semanis Kurma"
yang di tayangkan di TV9 setiap Khamis:9.30pm

Rancangan yang bagus untuk pasangan suami isteri atau pasangan yang bakal berumah tangga..kerana rancangan ini banyak membincangkan dan memberi sedikit panduan alam perkahwinan.bukan orang dah kahwin je boleh tengok, yang bakal ka yang belum sedia ka, sapa-sapa saja bole tengok sebagai rancangan ilmu.





 Tajuknya minggu ini: Dompet isteri.


Apa makna 'dompet isteri'??
-->bermakna,isteri ada pendapatan sendiri/bekerja lah..





Apa yang dibincangkan dengan tajuk ini.? Jom kita kupas..

1. Walapun isteri mempunyai pendapatannya sendiri, namun suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri.

2.Antara nafkah yang wajib disediakan oleh suamiuntuk isteri dan anak-anak:
  --tempat tinggal (rumah), makanan,pakaian,pendidikan,wang (perbelanjaan sebulan)

3.Antara nafkah sampingan (aksesori)
  --TV,kereta,sofa

*** Bak kata ustaz Badlishah.. janganlah cari rumah cam bawah jambatan. Tak sesuai langsung untuk tinggal. carilah kediaman yang sesuai, selesa dan serba ringkas sebagai permulaan. kemudian, bila ada duit lebih,nak beli rumah lain ke apa ke, terpulang la...Yang penting ikhlas
*Bagi HN, rumah tu walau kecik,biar lah selesa,kemas.. taknaklah rumah besar, tapi serabut, bersepah,..isy.. takboleh macam tu.. dah ada rumah kene bersyukur, jagalah elok-elok ye tak. jadi tugas isteri lah yang mengemas, tapi suami kenelah tolong ye..  (pasti terbaik..)

4.Pemberian nafkah suami kepada isterinya boleh terbatal dengan beberapa sebab;
 a. Nusyuz
 b. Kerja isteri suami tak suka (Redha)
 c. Keluar rumah tanpa izin
 d.
(alamak. HN lupa lah 1 lagi point, tak pa naa.. nanti HN ingat, HN update.. maaf ya)

5.Nak tau, pemberian ada kategori tau.. HN pun baru tau.. nak tau? ok, ini dia kategorinya:
   a. suami kaya = 2 cupak sehari (550g x 2 =1100g)
   b.suami sederhana = 1 ½   cupak sehari (550g x 1 ½ = 825g)
   c.suami miskin = 1 cupak sehari (550g)
  ~~~~ ingat!!! ini adalah had minima suami beri kepada nafkah kepada isteri.. lagi mampu ,beri lebih. Jangan ingat ini saja suami kena bagi pada isteri… isteri pula, jangan lah minta lebih kalo dah tau suami tu tak bapa nak mampukan. Tak baik menyusahkan suami.. bole mendatangkan dosa lain  pulak. (surah at-Talaq:7)

6. Ada sedikit cerita  HN nak kongsikan.. cerita pada zaman Rasulullah. 
Cerita tentang kisah Zainab suaminya. Mereka berdua sanagt berebut untuk mengumpul pahala.. (kita?? cam ne?? ada yang masih mengumpul dosa.. erm,jom muhasabah..)
Mereka dalam perjalanan terjumpa pasangan suami isteri yang mana isteri itu ingn bertanya soalan yang sama nak ditanya Zainab. 
kemudian mereka bertemu Bilal, nak meminta Bilal menyampaikan hasrat mereka dengan meminta Bilal bertanya kepada Rasulullah.. nak tau soalanya??


“Bilal, boleh kah kamu bertemu nabi dan bertanya padanya, bolehkah kami isteri memberi duit(harta)  kami ini kepada suami kami, dan anak2 yatim?”Tanya zainab.

“Boleh, si isteri itu mendapat 2 pahala ; ibadah dan sedekah”

 ~kisah ini sangat menunjukkan, jika isteri yang bekerja kerana Allah dia akan sama-sama membantu suaminya dalam pengurusan keluarga. Tapi, isteri janganlah semua nak bagi sampai tiada simpanan diri sendiri.. menabung juga cara bantu suami,sekurang-kurangnya, barangan peribadi kita, tak perlu dah nak minta duit suami..betul tak?
 ~ Zainab bertanya begini kerana dia mahu menjadi seperti siti khadijah..

7. Sharing is caring, Caring is loving, Loving is forgiving

8. Doa yang boleh kita amalkan memohon pada Allah untuk membuka pintu rezeki:
a. amalkan asmaul husna (Ar-Razaq=40x)
b. Baca surah al-waqiah

-doa ini bole diamalkan tuk memohon pada Allah supaya melembutkan hati seseorang (suami/isteri/anak/dll)
surah Assyura:19




9.Dalam hadis panjang, Nabi ada bersabda;
 " jika 1 dinar kau beri untuk tujuan peperangan, 1 dinar lagi kau beri kepada anak yatim dan 1 dinar lagi kau beri kepada keluargamu, maka 1 dinar yang kau beri kepada keluargamu adalah sebaik-baik pemberian dan ia memberi ganjaran yang besar."
--Hadis ini, Rasulullah ingin mengajar kita supaya melebihkan keluarga sebelum melebihkan orang lain. Beri nafka kepada keluarga sebelum bersedekah tuk orang lain. 
--jangan jadi : kra di huatn disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
--Namun, kita masih dituntut untuk memberi sedekah dan menginfakkan harta ke jalan Allah (jihad)

## untuk mendengar dengan lebih jelas, boleh tengok siaran ulangan di TV 9, pagi isnin minggu depan. atau layari link ini : www.tonton.com.my/tv9

boleh la tengok sendiri tapi kene register dulu ye.. huhu..kalo tak, tak bolh la tengok..




Tuesday, 26 June 2012

Penghijrahan itu indah (2)

Assalamualaikumdan salam sejahtera kepada sahabat2 blogger sekalian.. Hari ini HN nak sambung kisah penghijrahan seorang gadis yang telah HN ceritakan pada entri yang lepas..

Pasti ada yang tertunggu-tunggu akan sambungan cerita ini. baiklah.. kita sambung ya..

Pada suatu ketika gadis ini menumpang di bilik seorang senior (senior yang HN cerita tadi), sajalah duduk tumpang bilik kakak tu. Ada lah juga 3 hingga 4 hari dia duk situ.

Hari ke-2, gadis ini nak pergi ke suatu tempat. Dia pun membelek-belek bajunya.

"Nak pakai baju apa ni? Baju biru ini, ok je.. tapi tudung biru tak ada lah pulak.. cam mana ni?"


"Tak ada tudung biru ke, akak ada,nak pinjam?"


Gadis ini duk fikir,

' tudung apa akak ini nak bagi pinjam. Akak ini pakai tudung labuh, tak kan dia nak bagi aku pakai kut... aku mana tau nak pakai.. dan tak pernah pun pakai.. mesti kawan aku terperanjat beruk tengok aku pakai tudung tu kang,'


Kakak tu pun datang ke arah gadis tu, dia pun menghulurkan 2 helai tudungnya.

"Nah, ni tudung akak. Ada dua, pilihlah mana-mana. Lama dah akak tak guuna tudung, pakailah"


"Okay, terima kasih"


Memang apa yang difikirkan gadis ini tadi, betul-betul terjadi. Dia fikir cam mana nak pakai ini. Dia pergi cuba depan cermin.

Akak tu mengintai rupanya.

"Erm, napa tu?? tak tahu nak pakai ek?"


"hehehe..." (cam tau je kakak ni)


"Pakai tudung ni sama cam adik pakai tudung adik tu.. dia besar sikit je.."


'besar sikit kak?? nampak besar banyak je' --> monolog sorang2.


Pas akak tu ajar, maka pakai lah gadis tu dengan tudung baru dia tu..

"Cantiklah adik pakai tudung ini, sesuai, nampak ayu dan solehah."

"Ye ke.. hehe.. terima kasih"

sesampainya di tempat kawan-kawannya, alangkah terkejutnya dieorang tengok gadis tu. sampai ada yang kata,

"ustazah mana pulak datang program kita ni?"


Gadis tu pun menjawab'

"Aku pinjam tudung senior akulah. tak baik tau kau cakap gitu"


Gadis tu buat tak tau je kawan dia cakap pe. Dia buat cam biasa je bila pakai tudung tu.

Esoknya,

"Akak, saya dah basuh dah tudung akak ni, saya pulangkan balik pada akak tau"


Tapi,,,,

"Eh, tak pe lah. tak yah pulangkan..adik amik je  ye.. Lagipun akak tak pakai dah tudung tu."


"Eh, akak ni, tak pa la kak, saya pinjam je, kesian akak, nak pakai tudung pe kalo bagi kt saya?"


"Tak apa, kira akak bagi hadiah ini.. akak beli barulah nanti"


Wau best tu akak tu bagi tudung, bukan satu tapi 2 helai tau.. Sejak dari itulah gadis ini mula memakai tudung labuh.. bidang 50 dan keatas hingga bidang 60.. besar tu..

Gadis tu pun berjinak-jinak membeli tudung bidang 60..sikit-sikit... warna macam-macam. dia rasa seronok pakai tudung tu... sebab tudung tu dapat tutup bahagian yang memang perlu wanita tutup.. selesa la katanya..

Setelah itu, nak dipendekkan ceritanya, penghijrahannya kira lengkaplah. tangan dah tutup, kaki dah tutup, tudung dah labuh, baju dah labuh, tak pendek, tak ketat, tak jarang...

Rasa best je bila keluar mana-mana.. tak la ada orang nak kacau..(walaupun sebenarnya, tak da pun orang nak kacau,, positive thinking)

--> maka habis lah cerita ini..kisah penghijrahan seorang gadis yang bermula hanya dengan niatnya ingin MENJADI BAIK..maka Allah pun membantu..

Kalau kita lihat, niat pertama gadis tu adalah sebahagian hidayah yang Allah terbitkan dalam hati gadis tu, rakan2 nya itu adalah cara yang Allah tunjuk padanya, ada juga yang menjadi ujian tuk dia.. bagaimana dia istiqamah dan mengambil hidayah dan taufiq daripada Allah.

Sangat besar nikmat hidayah dan taufidiq Allah.. Maka, pesanan HN kepada sahabat yang lain yang ada rasa ingin berubah menjadi perempuan yang solehah(muslimah) amiklah hidayah yang Allah dah beri, carilah jalan tuk meneruskan niat tu..

insyaAllah akan HN kongsikan tentang cerita lain berkaitan HIJRAH ITU INDAH..

(ini adalah cerita benar, bukan lah rekaan semata..) terima kasih sudi membaca entri ini..

Monday, 25 June 2012

penghijrahan itu indah

Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua rakan-rakan dan sahabat sekalian...

Entri kali ini ingin HN coretkan tentang sebuah kisah seseorang yang melayari sebuah kisah satu penghijrahan yang selama ini sangat diimpikan..

Gadis ini bermula niat di hatinya selepas SPM lagi..

 apa niat dia???
-- NAK JADI BAIK,ANAK YANG BAIK

Selepas SPM dia ditawarkan masuk ke matrikulasi, tak jauh. Negeri Sembilan ja. Disana, Allah mentakdirkan dia bertemu sahabat yang baik-rajin. Itu lah doa gadis ini di tempat jauh daripada rumahnya. Kira ini pengalaman pertama dia duk hostel ni. Dari dulu tak berenggang dengan rumahnya. Jatuh bangun dia ada keluarga  di sisi. Ada sebak juga di dada nya. Namun,dia kuatkan semangat dan berfikir ini adalah  cabaran bagi dirinya.

Pertemuan gadis ini dengan seorang senior dalam Praktikumnya, Kakak ini PDT (Program Dua Tahun), gadis ini PST (Program Satu Tahun). Kakak tu pakai tudung labuh. Baik sangat. Manis je muka dia.
Ada sesuatu yang dia belajar daripada kakak tu. Kakak tu sangat menjaga hubungan dia dengan lelaki.

Bila kami bergurau di bilik kuliah atau dewan kuliah, kakak tu hanya senyum saja. tapi bila kami bergurau di dalam bilik, dia gelak macam mana kami gelak..  Terperanjat kami. Kata-katanya buat gadis itu berfikir sejenak.

"Bila kita di depan lelaki, kita kene kawal diri kita, daripada gelak tawa besar. hubungan kita dengan mereka juga kene kawal. Kat luar tak boleh nak gelak besar, tapi kat bilik boleh je, sebab perempuan je ada di bilik."  


Sejak perbualan mereka tu, gadis itu mula berfikir, bahawa dia mahu jadikan kakak itu sebagai inspirasi/idola  tuk dia berubah lebih baik daripada sekarang.

Selepas setahun, di matrikulasi, gadis ini mendapat tempat belajar di Universiti perdana Malaysia. Dia meneruskan agenda dia tuk terus mencari sinar perubahan yang membolehkan dia berubah mungkin tidak seperti kakak tu, tapi yang penting mesti lebih baik dari sekarang.

Di universiti pula, Allah juga telah menemukan dia dengan sekumpulan kakak senior yang lebih hebat daripada kakak itu.. Kakak ini ambil kos Akademik Islam dan Pengajian Bahasa Arab. Banyak tunjuk ajar yang mereka beri.

Mula-mula join usrah.  Dalam usrah itu, macam-macam yang dia belajar tentang agama.(tuntutan agama terhadap hamba Allah). Tentang aurat perempuan, tentang kisah nabi-nabi dan banyak lagi tentang Islam.

Alhamdulillah.. Dipendekkan cerita, Perubahan tu akhirnya dapat dibuat dalam masa 2 tahun gadis itu di universiti. Dia belajar bagaimana cara terbaik untuk berubah dari sudut akhlak, pakaian, ibadah dan sebagainya.

Gadis ini bermula dengan mengubah pemakaiannya. Dia belajar pakai stokin, baju lengan panjang bila keluar bilik. Kemudian pakai pulak hand sock. Pakai baju labuh, Kemudian bertukar pula kepada tudung biasa labuh ke dada. (sebelumnya, hanya pakai selendang je).

Kemudian, gadis ini menerima sesuatu yang tidak dijangkakan..

Nak tahu???  nantikan entri seterusnya...

HN akan sambung semula kisah ini. semoga anda yang berkeinginan tuk berubah, bole saja ambil  apa yang bagus dalam kisah ini.. terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri  HN.

Tuesday, 12 June 2012

ahlan sahlan ya Ramadhan..


Ahlan wasahlan ya Ramadhan... 
insyaAllah, dalam beberapa lagi, Ramadhan akan betamu lagi..  insyaAllah, saya mendoakan semua dalam persediaan yang sangat hebat dalam menjalani ibadah puasa nanti..



salam ramadhan  tahun 1433H, kepada anda

Saya mahu berkongsi dengan anda tentang kebaikan bulan ramadhan.. Bulan ramadhan ini merupakan bulan yang ALLAH kurniakan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang tiada di umat sebelumnya. bersyukurlah sahabat dilahirkan sebagai umat nabi muhammad s.a.w.

Dalam bulan ramadhan ini ada satu malam, dinamakan malam lailatul qadar, iaitu malam rahmat yang mempunyai kebaikan berbanding 1000 bulan yang tidak dikurniakan pada umat terdahulu. Ganjarannya amat besar iaitu mendapat ganjaran 83 tahun beribadah jika kita beribadah ketika malam tersebut.

Bulan ramadhan ini mempunyai pembahagian menurut ulama iaitu:
10 malam pertama= rahmat
10 malam kedua= keampunan
10 malam ketiga= penghapus dosa

maka jomlah kita sama2 kejar ke-30 hari dalam bulan pose ini...janganlah tinggal walau 1 hari kecuali bersebab yang dibenanrkan dalam ISLAM..

Sunnah Rasulullah--sebelum tidur


Assalamualaikum...
fida terasa ingin berkongsi sesuatu sebelum waktu tidur fida datang..hehe..


Pesanan Rasulullah sebelum tidur.


Sabda Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a.:


" Ya Aisyah, jangan Engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara; 1) khatam al-quran2) membuat para nabi member syafaat padaMU di akhirat kelak3) para muslim meredhai mu dan 4) melaksanakan Umrah dan Haji"




Lalu Aisyahbertanya kepada Rasulullah:


"Ya Rasulullah, Bagaimana Aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam waktu yang begitu singkat?"


Rasulullah kemudian tersenyum dan bersabda:


"Ya Aisyah,"Jika engkau tidur bacalah : 


1) Al Ikhlas   tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.  


2)  Membacalah sholawat untukKu dan  para nabi sebelum aku, maka kami semua  akan    memberi syafaat di hari kiamat


 3)  Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.   


Dan, 4) perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka   seakan-akankamu
telah melaksanakan ibadah haji dan umroh



kepada sahabat sekalian, ayuh kita sama-sama untuk mengamalkan amalan ini semoga tidur kita berkati dan sentiasa di jaga oleh malaikat dan tidak diganggu oleh makhluk halus.


selamat beramal...tak lama  pun, mungkin ambil masa dalam 2-3 minit saja. banyangkan dalam masa 2-3 minit tu, kita bukan sahaja dapat memelihara diri kita daripada gangguan syaitan malah mendapat pahala.


dan berniat juga... "sahaja aku tidur kerana ALLAH, dan KAU berikan aku kekuatan untuk bangkit untuk menunaikan solat subuh di awal waktunya"  dan tepuk-tepuklah sedikit bantal kita tu..(sunnah Rasulullah)







manusia bertanya, al-Quran menjawab

Assalamualaikum..sahabat semua... lama sudah tak menulis entry saat ini.. ketika ini sibuk mentelaah ilmu yang di telan selama 1 sem ini.. nak ucap salam imtihan pada diri sendirila...

Salam Imtihan.. HNS

Entry kali ini merupakan motivasi diri ini.. diri ni sering kali bertanya-tanya dan bersoal jawab dengan sendiri tentang kehidupan di dunia ini dan membawa kepada akhirat kelak.

saya kongsikan apa yang saya dapat daripada sahabat2 yang lain...


Manusia bertanya, al-Quran menjawab:

1)  kita bertanya: Kenapa aku diuji??
     Quran Menjawab: "apakah manusia itu mengira merekadibiarkan saja mengatakan; "kami telah beriman," ("I am full of faith Allah") sedangkan kita tidak lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2)  kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?
Quran Menjawab:"Bole jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai  sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
-Surah al-Baqarah :216

3) kita bertanya:Kenapa ujian ini berat nak di tanggung?
Quran Menjawab: "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya"
-Surah al-Baqarah :286

4)  kita bertanya: Kenapa rasa kecewa?
Quran Menjawab:"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman"
Surah al-Imran: 139

5)  kita bertanya:Bagaimana harus ku menghadapinya?
Quran Menjawab: "Wahai orang2 yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh dimedan perang dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan"

6)  kita bertanya: Bagaimana harus ku mengharunginya?
Quran Menjawab: "dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk"
-Surah al-Baqarah:45

7)  kita bertanya:Apa yang akan aku dapat daripada benda ni?
Quran Menjawab:"sesungguhnya Allah telah membeli orang2 mukmin ; diri,harta  mereka dengan menberikan syurga utk mereka."
-Surah at-Taubah:111

8)  kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Quran Menjawab: "cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain dariNYA. Hanya kepadanya aku bertawakal."
-Surah at-Taubah:129

9)  kita bertanya: Aku tak dapat tahan dengan ujian ini?
Quran Menjawab: ".... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum kafir."
-Surah Yusuf :12



Wednesday, 30 May 2012

biarku simpan sakit ini


Saja nak kongsi:


Semoga kita sama-sama menjaga hati kita.. walau hati kita rapuh seperti rapuhnya kuih raya.. huhu..

Thursday, 10 May 2012

Kelebihan Jumaat, penghulu seluruh hari

Assalamualaikum... ya ukhti /akhi

Alhamdulillah.. hari ini Allah masih mengurniakan udara/oksigen kepada kita semua. nikma nafas amat besar. maka bersyukurlah kita kepada Allah. Jumaat ini hari penghulu segala hari.. maka pelbagai kelebihan yang akan kita dapat bila mana amalan terbaik kita lakukan di hari Jumaat.

Antara amalan yang terbaik yang boleh kita amalkan adalah:




1. Berselawat dan berzikir.
--> sesungguhnya bila mana kita berselawat pada hari jumaat, maka Allah dan malaikat akan berselawat kepadanya  sebanyak 10 kali selawat.



2. Berdoa lah di hari jumaat.
--> sesungguhnya hari ini merupakan hari yang mana Allah akan memperkenankan segala doa kita. mintalah apa-apa saja yang kita nak. insyaAllah,Allah akan perkenankan.




3.  membaca surah al-kahfi. 
--> sesungguhnya barangsiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, Allah akn melindungi dan mencerahkan wajahnya dari Jumaat ini sehingga Jumaat akn datang.




** Jadi, sahabat semua jom, kita sama-sama aplikasikan amalan sunat ini..semoga Allah perkenan kan segala permintaan kita, insyaAllah..

Wednesday, 2 May 2012

menjelang tanggal kelahiran

salam ulang tahun untuk HN..

Tanggal 02 mei 2012 genap sudah umuq HN ke- @@.

tiada hadiah yang lebih besaq tuk HN melainkan azam dan doa untuk HN 
kepada Allah untuk menjadi yang lebih baik

Alhamdulillah, selama umuq di bumi Allah ini begitu banyak rahmat dan nikmat yang Allah beri pada HN.



 Doa HN adalah.. 
1.agar setiap doa dan keperluan dalam hidup HN diperkenan dan dimakbulkan oleh Allah...
2. Semoga Allah permudahkan gerak kerja dan urusan mengejar dunia dan Akhirat
3. semoga pelajaran HN dipermudahkan mendapat keputusan yang cemerlang
4. mengimpikan kejayaan dalam segala apa yang HN uruskan
5. jodoh biaq la sampai tepat pada waktunya.. waktu sedia zahir dan bati.. dan segalanya

doa-doa ini bukan ini sahaja,.. terlalu banyak doa yang nak minta pada Allah.. sesungguhnya doa adalah senjata umat Islam...

 sentiasalah berdoa agar kita dekat dgn Allah dan Allah akn dekat dgn kita...

--- insyaAllah..butiran budi, ukiran senyuman, sehebat bahasa dan semanis akhlak...---

(IMPIAN HAFIDAH NORIN WA SUPINAH)
 




Friday, 27 April 2012

karnival PMIUM.. (27-29/4/2012)

Assalamualaikum...
 alhamdulillah..setiap hujung minggu HN akan ada aktiviti atau pengisian.. tidak lah hanya duduk diam bersahaja di bilik tanpa hala tujuan, dan bersenang lenang.. dengan kerja-kerja sekolah yang banyak untuk disiapkan.. semoga semuanya dapat diselesaikan dalam masa ini.. InsyaAllah.. dengan rezeki daripada Allah...
pelbagai aktiviti yang diadakan... berikut adalah poster berkaitan aktiviti yang diadakan:




Alhamdulillah.. sebahagian program yang telah dijalankan mendapat sambutan yang agak baik..walaupun tidak sehebat konsert-konsert di jom heboh.. namun..syukur di panjatkan pada mereka yang telah membantu dan memberi khidmat dari sudut tenaga,idea dan semuanya...

HN juga mengucapkan good luck kepada semua ajk...insyaAllah.. Allah akn permudahkan segala urusan enta..


Wednesday, 15 February 2012

welcome..i want to be a good person..


welcome to my life...

welcome to the sem 2...

i will pray, this is my best sem to change my whole life..

--short planning--
woke up in the morning, did some activities like exercise, then took a breakfast.. it is good for our body..
wish our body as young as our age...

Wednesday, 25 January 2012

surat cinta buat calon suamiku


Salam alaik...
 entry kali ini.. HN nak berkongsi sesuatu buat sahabat satu video:

surat cinta untuk calon suamiku...


selamat menonton...

Sunday, 22 January 2012

hargai masa cuti mu


Salam alaik...

entry kali ini HN ringkas saja, cuma nak ucap "selamat bercuti" buat sahabat semua.

Pesanan:
1.Gunalah masa yang ada ini,bermesra dan habiskan masa bersama keluarga,sahabat zaman sekolah,dsb.

2.Buat kerja sekolah/projek/tugasan/amanah yang diberi sebelum pulang bercuti.

3. Teruskan amalan sunat disamping tidak meninggalkan yang wajib yang kita buat di kolej/universiti.

4. Ambil peluang belajar apa yang boleh belajar di rumah
(memasak/berkebun/menjahit,dll)

5.Paling penting, jangan lupa untuk mencari/top up ilmu agama ya
(cari kuliah agama/pengisian/internet ok dah)


Itu saja pesanan dari HN untuk HN dan sahabat...

Friday, 20 January 2012

Nabi Ibrahim a.s. di bakar dalam api...

Salam Alaik...

Buat semua pengunjung blog HN.. entry kali ini saya nak share tentang cerita Nabi Ibrahim..

Selepas HN membaca satu buku/majalah buat kanak-kanak iaitu "Ana Muslim" HN sangat teruja membaca tentang kisah Nabi Ibrahim a.s. yang di bakar dalam api yang marak.


-->  Suatu ketika, kaumnya menemui Nabi Ibrahim dan bertanya, " Ya Ibrahim, adakah Engkau yang memecahkan patung-patung berhala kami ini?" Maka Nabi IBrahim pun menjawab " tanyalah kepada patung-patung berhala kamu ini, siapa yang memecahkan mereka?" kaumnya menjawab "Bukankah Kau tahu, bahawa patung-patung ini tidak boleh bercakap, kenapa masih menyuruh kami tanya?" Kaumnya menjawab dalam nada yang marah. Beginilah kaum Nabi Ibrahim, yang mana suka melakukan  perkara yang tidak berfaedah lagi tidak bermanfaat.Lalu Nabi Ibrahim mencela tentang Kebesaran ALLAH... Dengan rasa marah, kaumnya mencampak Nabi Ibrahim a.s. ke dalam nyalaan api yang marak.
Namun, dengan kuasa dan izin Allah nyalaan api yang marak itu, bertukar menjadi ais.
Setelah itu, Nabi Ibrahim keluar daripada tengah yang sebelumnya nyalaan api dan kini tadahan ais dalam keadaan yang sihat tanpa ada kesakitan dan tidak terbakar walau sehelai bulu roma mahupun kulitnya.. kaumnya terkejut...


Kisah ini menunjukkan kekuasaan ALLAH... dan ia juga adalah bukti bahawa nabi-nabi ALLAH adalah benar.

--> sahabat yang berkunjung ke blog HN dan membaca kisah ini, ambillah iktibar supaya kita sama-sama mengingati ALLAH setiap masa,waktu dan ketika..
-->HN menasihati diri HN sendiri dan sahabat semua agar jadikan cinta ALLAH sebagai cinta Agung dan pertama, dan cinta kedua adalah Rasulullah s.a.w.
-->InsyaALLAH, kita akan merasa nikmat hidup dan iman yang Allah kurniakan pada kita..

Thursday, 19 January 2012

sebalik ujian ALLAH... (con't)

 Assalamualaikum.... kepada pembaca dan pengunjung blog HN...

Firstly saya nak menyambung penerangan tentang sebalik  ujian yang HN post minggu lepas.

Kelebihan ujian ALLAH:

1. ALLAH menaikkan darjat kita
  - Dengan Ujian, Allah mahu menguji hambaNYA seorang yang sabar atau tidak. Dan sesungguhnya, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditranggung oleh hambanya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang termampu dan terbaik buat kita.

    ==>dalam surah al-Baqarah 2;286  

maksudnya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


  - Allah juga melihat sejauh mana usaha dan tahap kesabaran dana juga tahap "kebergantungan" kita padaNYA. (adakah hanya dalam keadaan susah saja kita mengadu, atau ketika susah dan senang kita ingat padaNYa)

2. Allah ingin memberi sesuatu yang hebat kepada kita

 - Allah akan memberi ganjaran (dalam pelbagai bentuk contoh pahala) kepada hambaNYA yang dapat mengharungi setiap ujianNYA dalam iman.

 - contoh, Allah uji kita dengan kehilangan moto, apabila kita pasrah dan redha dan kita pohon agar Allah permudahkan kita menjumpai moto kita atau pohon agar kita dikurniakan moto baru.
   - Dengan izin Allah, kita dapat beli moto baru. itu pun kerana moto hilang. kalau moto tu tak hilang, tak dapatlah moto baru..huhu..


Wednesday, 11 January 2012

Hebatnya Ujian Allah...

Assalamualaikum...

Pada semua.. Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang dua video berkaitan "Sebalik ujian ALLAH".

"Disebalik ujian ALLAH" vol 1:



"Disebalik Ujian ALLAH" vol 2:


HN nak berkongsi sedikit isi yang terdapat dalam video ini:

Faedah atau kebaikan di sebalik ujian Allah beri pada kita..

 Dalam al-Quran, Allah telah menyebut bahawa " jangan berkata kita orang beriman selagi mana belum diuji" (tak ingat ayat berapa)
dan Allah telah berkata "Allah tidak akan memberi sesuatu ujian pada hambanya yang tidak dapat ditanggungnya"(maksud ayat)

Antara kebaikannya adalah:

1. Kita dapat merasai indahnya nikmat kejayaan..
- Maksudnya, nikmat kejayaan bila mana kita dapat mengharungi ujian yang Allah beri pada kita. kita tidak mengeluh malah kuat semangat untuk mengahdapi ujian itu.

2. Memberi peluang pembelajaran ibadah
-Tentang ibadah yang kita tidak tahu sebelum ini, namun apa bila di beri ujian,maka kita dapat belajar tentang sesuatu ibadah yang sangat membantu kita dalam ujian ini. 
-Contohnya: dalam kita diuji dengan kesakitan(patah tangan/tangan terbakar). Allah memberi peluang kepada kita,ahli keluarga kita serta orang terdekat dengan kita turut mempelajari rukhsah solat/kemudahan ibadah dalam solat

HN dapat tulis 2 tentang kebaikan sebalik ujian Allah.. Dalam entry seterusnya, akan HN kongsikan.. tunggu ya..

Monday, 9 January 2012

Selamat pagi... dapatkan pagi yang hebat untuk hari yang hebat...

Assalamualaikum...

Selamat pagi...

Apa yang bagus tentang pagi ini??

Terlalu banyak faedah tentang pagi ini,antaranya:
1.Murah rezeki
2.badan sihat dan cergas
3.Otak lebih segar dan cerdas

Bagaimana kita menjadikan hari kita ini lebih baik??
Antaranya ialah:
1. Selepas bangun daripada tidur kita(mati sementara kita) ,bacalah doa bangun tidur.
Doa Bangun Tidur:


Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.



Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.


# Sesungguhnya, manusia ketika tidurnya, syaitan telah mengikat kita dengan 3 ikatan (tak buka mata,malas nak bangun, dan malas nak solat subuh)

Bagaimana untuk membuka ikatan syaitan itu???

Caranya ialah:
a.Bangun dari tidur (buka mata), terus baca doa paling tidak ucaplah "ALHAMDULILLAH" = ikatan 1 terlerai
b.Selepas bangun, terus hemah diri(mandi) kemudian ambil wudhuk = ikatan ke-2 terbuka
c. Selepas berwudhuk, terus tunaikan Solat Sunat Sebelum SUBUH dan Solat Fardhu SUBUH. = maka terputus lah ikatan ke-3 syaitan..


--> setelah ketiga-tiga perkara ini kita lakukan.. syaitan akan menangis kerana dia tidak berjaya menguasai kita. namun jika tidak kita lakukan 3 perkara ini, syaitan bersorak kegembiraan.

2. Bangun saja daripada tidur atau setelah kita selesai Solat Sunat SUBUH dan Solat Fardhu SUBUH, .ukirlah senyuman.

Senyuman: tanda kita syukur pada Allah kerana masih memberi nafas pada kita dan menjadikan hari kita ini hari yang ceria..

3. Bacaan al-Ma'thurat di pagi hari.

Kelebihan bacaan al-Ma'thurat:
- Tidak dihampiri syaitan
- Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini
- Allah mencukupkannya apa yg sgt diperlukan daripada urusan dunia dan akhirat
- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah menjamin untuknya syurga
- Selamat drp segala sesuatu
- Allah menyempurnakan nikmatnya kepada orang yang membacanya
- Allah berhak untuk meredhainya
- Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat atasnya
- Terhindar daripada syirik
- Selamat daripada bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun
- Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang
- Berhak mendapat syafaat pada hari kiamat
- Sesiapa yg membaca pd waktu pg, akan diperlihara oleh Allah hingga ke petang. Dan sesiapa yg membaca di waktu petang akan terpelihara hingga waktu pagi
- Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dr sudut zikir dan doa dan berbagai lg kelebihan. 


Kredit: IluvIslam.com dan www.hatikering.wordpress.com

4. Tunaikanlah Solat Sunat Dhuha.. Solat Sunat Dhuha ialah solat pembuka rezeki..


kelebihannya ternyata dalam hadis Qudsi:
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
5. Mulakanlah langkah kemana saja kita mahu pergi dengan bacaan Basmalah dan dikuti doa yang anda nak pohon.
 InsyaAllah akan terlindung dari segala kejahatan dan akan dilindungi Allah dalam setiap langkahnya..
maksudnya: "Dengan nama Allah yang MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG"