Assalamualaikum... salam sejahtera buat semua rakan-rakan dan sahabat sekalian...
Entri kali ini ingin HN coretkan tentang sebuah kisah seseorang yang melayari sebuah kisah satu penghijrahan yang selama ini sangat diimpikan..
Gadis ini bermula niat di hatinya selepas SPM lagi..
apa niat dia???
-- NAK JADI BAIK,ANAK YANG BAIK
Selepas SPM dia ditawarkan masuk ke matrikulasi, tak jauh. Negeri Sembilan ja. Disana, Allah mentakdirkan dia bertemu sahabat yang baik-rajin. Itu lah doa gadis ini di tempat jauh daripada rumahnya. Kira ini pengalaman pertama dia duk hostel ni. Dari dulu tak berenggang dengan rumahnya. Jatuh bangun dia ada keluarga di sisi. Ada sebak juga di dada nya. Namun,dia kuatkan semangat dan berfikir ini adalah cabaran bagi dirinya.
Pertemuan gadis ini dengan seorang senior dalam Praktikumnya, Kakak ini PDT (Program Dua Tahun), gadis ini PST (Program Satu Tahun). Kakak tu pakai tudung labuh. Baik sangat. Manis je muka dia.
Ada sesuatu yang dia belajar daripada kakak tu. Kakak tu sangat menjaga hubungan dia dengan lelaki.
Bila kami bergurau di bilik kuliah atau dewan kuliah, kakak tu hanya senyum saja. tapi bila kami bergurau di dalam bilik, dia gelak macam mana kami gelak.. Terperanjat kami. Kata-katanya buat gadis itu berfikir sejenak.
"Bila kita di depan lelaki, kita kene kawal diri kita, daripada gelak tawa besar. hubungan kita dengan mereka juga kene kawal. Kat luar tak boleh nak gelak besar, tapi kat bilik boleh je, sebab perempuan je ada di bilik."
Sejak perbualan mereka tu, gadis itu mula berfikir, bahawa dia mahu jadikan kakak itu sebagai inspirasi/idola tuk dia berubah lebih baik daripada sekarang.
Selepas setahun, di matrikulasi, gadis ini mendapat tempat belajar di Universiti perdana Malaysia. Dia meneruskan agenda dia tuk terus mencari sinar perubahan yang membolehkan dia berubah mungkin tidak seperti kakak tu, tapi yang penting mesti lebih baik dari sekarang.
Di universiti pula, Allah juga telah menemukan dia dengan sekumpulan kakak senior yang lebih hebat daripada kakak itu.. Kakak ini ambil kos Akademik Islam dan Pengajian Bahasa Arab. Banyak tunjuk ajar yang mereka beri.
Mula-mula join usrah. Dalam usrah itu, macam-macam yang dia belajar tentang agama.(tuntutan agama terhadap hamba Allah). Tentang aurat perempuan, tentang kisah nabi-nabi dan banyak lagi tentang Islam.
Alhamdulillah.. Dipendekkan cerita, Perubahan tu akhirnya dapat dibuat dalam masa 2 tahun gadis itu di universiti. Dia belajar bagaimana cara terbaik untuk berubah dari sudut akhlak, pakaian, ibadah dan sebagainya.
Gadis ini bermula dengan mengubah pemakaiannya. Dia belajar pakai stokin, baju lengan panjang bila keluar bilik. Kemudian pakai pulak hand sock. Pakai baju labuh, Kemudian bertukar pula kepada tudung biasa labuh ke dada. (sebelumnya, hanya pakai selendang je).
Kemudian, gadis ini menerima sesuatu yang tidak dijangkakan..
Nak tahu??? nantikan entri seterusnya...
HN akan sambung semula kisah ini. semoga anda yang berkeinginan tuk berubah, bole saja ambil apa yang bagus dalam kisah ini.. terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri HN.
No comments:
Post a Comment