Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat blog HN.
Salam Ramadhan Kareem.. Terlalu istimewa ramadhan ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan keajaaibannya.
Antara kelebihan ialah:
1. Penghulu segala bulan
2. Allah mengurniakan bulan Ramadhan ini hanya untuk ummat Nabi Muhammad s.a.w saja.
3. Bulan yang sentiasa dibuka pintu-pintu syurga
4. Bulan yang sentiasa menawarkan ganjaran pahala bersama dengan tarbiyah.
5. Bulan doa dimakbulkan.
6. Bulan dimana ditutup pintu-pintu neraka
7. Telah dirantai dan dibelenggu syaitan.
8. Terdapat satu malam yang istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.
Ramai daripada kita ni menyambut Ramadhan dalam kesederhanaan, namun menyambut syawal dalam kemewahan, sedangkan Nabi berpesan bersederhanalah kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
HN suka untuk menonton rancangan semanis kurma.. Terlalu banyak input yang bolehkita belajar dan kita amalkan..
Antaranya ialah doa, surah ibrahim ayat 41 - untuk memohon keampunan daripada Allah untuk diri kita dan maka ayah kita dan juga surah al-baqarah 127- memohon Allah menerima semua amalan kita.
Di bulan Ramdhan ini terdapat dua JIHAD;
-Jihad di siang hari - berpuasa dan tidak melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah.
- Jihad di malam hari - meneruskan amalan dengan bersolat terawih,solat malam, bersahur dan sebagainya.
"puasa yang kamu puasa,al-quran yang kamu baca, sesungguhnya dua amalan inilah yang akan menjadi syafaat kepada kamu di akhirat kelak"
"Maniskan iman,maniskan senyuman"
Dalam ilmu agama ini menjadi indah apabila ilmu itu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan kita. Walaupun tidak setinggi mana ilmu yang kita ada, namun mengamalkan ia dalm kehidupan itu"
"Ilmu apabila anda buat,anda dapat"
boleh tonton rancangan ini di laman web www.tonton.com.my
No comments:
Post a Comment