Assalamualaikum...
fida terasa ingin berkongsi sesuatu sebelum waktu tidur fida datang..hehe..
Pesanan Rasulullah sebelum tidur.
Sabda Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a.:
" Ya Aisyah, jangan Engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara; 1) khatam al-quran, 2) membuat para nabi member syafaat padaMU di akhirat kelak, 3) para muslim meredhai mu dan 4) melaksanakan Umrah dan Haji"
Lalu Aisyahbertanya kepada Rasulullah:
"Ya Rasulullah, Bagaimana Aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam waktu yang begitu singkat?"
Rasulullah kemudian tersenyum dan bersabda:
"Ya Aisyah,"Jika engkau tidur bacalah :
1) Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2) Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat
3) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Dan, 4) perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu
telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
kepada sahabat sekalian, ayuh kita sama-sama untuk mengamalkan amalan ini semoga tidur kita berkati dan sentiasa di jaga oleh malaikat dan tidak diganggu oleh makhluk halus.
selamat beramal...tak lama pun, mungkin ambil masa dalam 2-3 minit saja. banyangkan dalam masa 2-3 minit tu, kita bukan sahaja dapat memelihara diri kita daripada gangguan syaitan malah mendapat pahala.
dan berniat juga... "sahaja aku tidur kerana ALLAH, dan KAU berikan aku kekuatan untuk bangkit untuk menunaikan solat subuh di awal waktunya" dan tepuk-tepuklah sedikit bantal kita tu..(sunnah Rasulullah)
No comments:
Post a Comment