~Memorial indah~

Selasa 17/9/2013
Salam semua.. HN belum lagi try resepi ni,. tapi saja nak kongsi.. nampak mudah.. HN dapat resepi dari internet. ia sesuai tuk kanak-kanak.

Kentang putar..
Bahan-Bahan:
6 biji kentang ( direbus & leyek)
2 s/b mayonis
2 s/b susu tepung
2 s/b butter/mentega
1 s/k serbuk lada
**gaul semua sekali**

kuah black paper
650 ml air
1 ketul cube ayam/stok ayam(650 ml ganti air)
1 biji bawang besar
1 biji carrot
* rebus semua, blend semua bahan hingga hancur dan rebus semula bersama*
1s/b sos tomato
1s/b sos tiram
2 b/b mentega/butter
1s/b lada hitam
2s/b kicap (ikut kehitaman)
*reneh sampai mendidih kemudian masuk tepung gandumy dibancuh air*
2s/b tepung gandum

##selamat mencuba##


Selasa - 25/12/2012
Salam semua.. Alhamdulillah..selesai sudah kenduri kecil-kecilan keluarga ku (kenduri kesyukuran kakak ku mengandung 4 bulan lebih.. insyaAllah kembar..)

Hari ni kami sekeluarga memasak bersama., Kami memasak makanan kegemaran dan juga merupakan makanan popular orang jawa.. iaitu nasi ambang.. bestnya.. saya kongsikan gambarnya..


   


Alhamdulillah.. nilah nasi ambang..hasil masak kami bersama..best sangat..huhu



Khamis - 5/7/2012

Salam semua.. hari ni HN akan post masakan terbaru yang HN buat. Buat tuk sarapan pagi:

HN nak kongsi sikit resepi nya (untuk seorang makan):
1.mee hun   - segenggam
2. bawang merah  - 1 ulas
3.bawang putih  -1 ulas
4. serbuk sup  - 1 sudu besar
5. ubi kentang  - 1 biji
6. cili api  - 4 batang
7. ayam   - 100 gram
8. kiub ikan bilis - 1/3 kiub
9. Air - 2 cawan
10. gula dan garam secukup rasa.

Cara memasaknya:
1. Rendamkan mee hun (15 min), kemudian celur dalam air panas.
2. Tumis ayam dan kentang dahulu hingga empuk, kemudian masukkanlah bawang putih, bawang merah, kiub ikan bilis dan cili. Tunggu sekejap sehingga masak.
3. masukkan serbuk sup,tunggu sebentar (1 min) kemudian masukkan air.
4. Letak garam,gula secukup rasa.
5. Hidangkan.. mee hun tadi dengan sup tu.. dah siap..

** nak tambah dekorasi, HN goreng tanpa minyak kacang tanah dan goreng tempe.. nak hias pe pun boleh,ikut citarasa sendiri ok..
MEE HUN SUP BERSAMA TEMPE GORENG

.                                                                                                              













Kita tambah dengan air cappucino panas..wau.. sedapnya.. selamaat mencuba.




Selasa-3/7/2012

Memori yang pertama HN nak kongsi ialah saat sama-sama masak di tempat HN belajar.. masak sama dengan senior yang terbaik. Walaupun dah banyak kali masak (umah), tapi tetap nervous nak masak masa tu.. apa tak nya.. ni masak tuk pertandingan memasak wou.. tak lah nak sangat menang, tapi kalo menang, best juga kan.. 

Masa tu HN kira ketua chef la... pertandingan ni kira macam master chef tak pun iron chef.. disediakan bahan, kami semua kene sediakan makanan base on bahan tu..

Bahan Utama: Ayam..
Bahan sampingan:kari,sup,santan,dll

Inilah gambar-gambar sepanjang hari tersebut...

1)
2)

Gambar ini pula gambar permulaan sebelum nak hias nak hantar kat juri..





Ini lah hasilnya.. Selepas kira 45 min kami masak.
Menu: Ayam masak lemak ala kurma Spiro




 Ini lah gambar kami... seronok kami dapat masak benda ni... like2..

--Akhirnya keputusan diumumkan.. walau kami tak menang (disebabkan xde kunyit-kami terbagi nama lenak cili api..) tapi sebenarnya, kami transform dan wat inovasi sikit daripada resipi yang lama tu. tapi tak apa.. bukan rezeki kami..huhu.. Yang penting, HN doakan kakak senior HN cepat dapat jodoh.. huhu..bole HN rasa masakan diaorang pas ni.. huhu..


No comments:

Post a Comment