Assalamualaikum... ya ukhti /akhi
Alhamdulillah.. hari ini Allah masih mengurniakan udara/oksigen kepada kita semua. nikma nafas amat besar. maka bersyukurlah kita kepada Allah. Jumaat ini hari penghulu segala hari.. maka pelbagai kelebihan yang akan kita dapat bila mana amalan terbaik kita lakukan di hari Jumaat.
Antara amalan yang terbaik yang boleh kita amalkan adalah:
1. Berselawat dan berzikir.
--> sesungguhnya bila mana kita berselawat pada hari jumaat, maka Allah dan malaikat akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali selawat.
2. Berdoa lah di hari jumaat.
-->
sesungguhnya hari ini merupakan hari yang mana Allah akan
memperkenankan segala doa kita. mintalah apa-apa saja yang kita nak.
insyaAllah,Allah akan perkenankan.
3. membaca surah al-kahfi.
--> sesungguhnya barangsiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, Allah akn melindungi dan mencerahkan wajahnya dari Jumaat ini sehingga Jumaat akn datang.
** Jadi, sahabat semua jom, kita sama-sama aplikasikan amalan sunat ini..semoga Allah perkenan kan segala permintaan kita, insyaAllah..
No comments:
Post a Comment