2 Januari 2013
Rabu
Assalamualaikum 2013
kehadiran mu
Menjadi penantian semua
Ucapan selamat datang
ku luah, ku hadiahkan, ku tujukan
Buat diriku, buat sahabat
Pengorbanan demi pengorbanan
Bakal dibuat, bakal dirancang
Doa demi doa
AKu panjatkan
Kepada Sang Pencipta
Ujian demi ujian
Bakal mendatang
Tidak ku lari
Namun ku hadapi
Dengan ilmu.
Ya Allah,,
2012 telah berlabuh
2013 kini mendatang
Aku tetap aku
Amal aku,, masih aku tidak pasti
Sudah banyak kah??
Sudah cukupkah??
Sudah sempurna kah??
Hanya Kau yang tahu
Ya Allah,,
Pimpinlah hatiku
Terus menuju laluan benar
Laluan menemui MU
Pimpin juga hati-hati insan tersayang
Abah,kakak,abang,adik, abang ipar, kakak ipar
Moga mereka berubah dan terus berubah
Kau bukalah pintu taubatMU
Buat kami yang kerdil ini
Taubat sebaik Nasuha
Moga kami memasuki syurgaMu
Berpimpinan bersama
Doaku buat mereka
Sentiasa aku panjatkan
Aaammiiinn..
10 mac 2012
Rabu
2012 pergi 2013 hadir
Assalamualaikum 2013
kehadiran mu
Menjadi penantian semua
Ucapan selamat datang
ku luah, ku hadiahkan, ku tujukan
Buat diriku, buat sahabat
Pengorbanan demi pengorbanan
Bakal dibuat, bakal dirancang
Doa demi doa
AKu panjatkan
Kepada Sang Pencipta
Ujian demi ujian
Bakal mendatang
Tidak ku lari
Namun ku hadapi
Dengan ilmu.
Ya Allah,,
2012 telah berlabuh
2013 kini mendatang
Aku tetap aku
Amal aku,, masih aku tidak pasti
Sudah banyak kah??
Sudah cukupkah??
Sudah sempurna kah??
Hanya Kau yang tahu
Ya Allah,,
Pimpinlah hatiku
Terus menuju laluan benar
Laluan menemui MU
Pimpin juga hati-hati insan tersayang
Abah,kakak,abang,adik, abang ipar, kakak ipar
Moga mereka berubah dan terus berubah
Kau bukalah pintu taubatMU
Buat kami yang kerdil ini
Taubat sebaik Nasuha
Moga kami memasuki syurgaMu
Berpimpinan bersama
Doaku buat mereka
Sentiasa aku panjatkan
Aaammiiinn..
10 mac 2012
saturday
impian cintaku "HIGH CLASS"
impian cintaku "High Class"
impian ditaburi beralaskan 'ilmu
ber'cinta' tidak salah
malah,
'cinta' juga tidak salah
cinta adalah suci
apa itu "High Class"?
kelas teratas
kelas terhebat
kelas teragung
apa pula cinta "High Class"?
cinta pertama= cinta Allah
cinta kedua= cinta Rasulullah
cinta ketiga= cinta makhluk
tika remaja berbunganya cinta
rasa cinta itu datang dan pergi
tanpa sedar
tanpa keperluan
kadangkala ia menyeri
kadangkala ia sakit
aku seorang wanita
wanita yang biasa
begitu kerdil dengan Allah
begitu hina
malah begitu kecil
namun aku punya impian
punya harapan
aku inginkan cinta "High Class"
cinta antara si dia
yang saling mencari
sinar "High class"
solehnya dia
akhlaknya cantik
perilaku terjaga
'ilmu sering digali
sibuknya dia dengan
kerja dakwah
kerja tarbiyah
setara ustaz
aku,
masih belum cukup solehah
belum cukup faqeh
belum cukup 'ilmu
masih lena
masih berdiam tanpa sibuk
berdakwah, bertarbiyah
dimana levelku??
aku,
perlu "solehah"kan diri
untuk dapat
yang soleh
doa: Ya Allah,KAU bantu aku dalam mencari dan memiliki cinta 'cinta High Class' ni.. Kau salurkan juga impian aku ini pada pada pemilik tulang rusukku ini. Dekatkan hati-hati kami dalam keadaan bersedia yang halal.Solehahkan aku untuk pemilik cintaku yang soleh.
15 september 2011
Thursday
Permata jernih
Permata jernih
Jatuhan mu tanpa ku sedar
Sejuk dingin pipiku
Renungan ku dibalik jendela lapuk
Tertumpu mati pada silamku
Koyakkan “cotton” kurung sekolah
Rontahan suaraku mati tertutup
Susuk tubuh besar jatuh menghempap cilik tubuh ku
Sakitnya badanku sendiku
Tangan kasar itu melata seluruh tubuh
Tangan kasar genggam keras jemari kecilku
Kain tutupan kakiku diselak ganas
Lalu,mata tertutup tiba
Sedar ku dari jaga
Susuk tubuh besar dan hitam
Lari hilang entah kemana
Tangisan ku pada nasibku runtuh
bagaikan hujan petir
Fikiran mati,terduduk kaku
Lihat diri bagai langsir buruk
Koyak beribu.
Apakah nasib aku malang begini?
Bagaimana mungkin aku hidup lagi?
Ya Allah,pada MU aku memohon
Tunjukkanlah aku jalan penghidupan
Soalan berkejar lari dalam fikiran
Serahan takdir ku panjatkan
Aku gagahi melangkah pulang
Teratak usang penghuni tua
Sambutku tika senja hari
Larian si ibu bersama jatuhan air mata
Lafaz ku mati, diam bicara
Lelehan air mata jatuh terjurai
Kata-kata ibuku pada Ilahi
“ Ya Allah, apakah ni ketentuanmu
Aku terima dan aku mohon
Kau peliharalah anak dodoian ku kelak
Daripada rakusan nafsu manusia”
Permata Jernih
Jatuhanmu kian deras membasahi pipiku
Bajuku pakai basah bersama
Impian pernikahan lesap dalam rancangan hidup
Hanya kekuatan dari yang Maha Esa
Aku panjatkan
Kehidupan ku teruskan
bersama Kekuatan kurniaan Ilahi
Juga doa ibu dipanjat selalu
Tiada ku sedar
Berlalu sudah 10 tahun peristiwa
Membawa sejuta luka dalam hati
Namun,hati kecil ni tiba ingin punya teman
Adakah orang mahukan aku?
Aku yang bagai durian tebukan tupai
Masih adakah cinta suci dari lelaki soleh?
Terima aku sebagai suri hidupnya
Soalan berpusing ligat mencari jawapan
Saat aku sibuk mencari jawapan
Namun tiada jua jawapan ketemu
Ku serahkan takdir pada Allah
Semoga ada pembela buat diri ku
Yang ditakdir buat diri ku sejak dari Luh Mahfuz
Allah sebaik perancang
Jodoh takdirku datang bertandang
Teratak usang sambut riang
Peristiwa pahit ibu khabarkan
Bukan untuk menutup jodoh tapi
Kebenaran sepahit mana pun perlu ketahu
Supaya menerima nasib anak dan ibu kerana ALLAH
Bukan kerana kisah malang si anak
Sesungguhnya jodoh takdir Allah itu
Sebaik-baik muslim
Menerima ku seadanya
“Terima kasih Ya Allah, sesungguhnya Kau
Adalah sehebat kuasa Pencipta yang
Maha Esa, Maha Menentukan”
Lelehan air mata kini
Lelehan syukur
Tanda terima kasih dan rasa sayang
Pada sang Pencipta
Sapaan suara garau datang menerpa
Oh suami ku hadir tepian ku
Memeluk tubuh
Menghilang lamunan silamku
Ku seka permata jernih
Permata jernih
Banyak makna jatuhan mu padaku
Jatuhan duka gembira
Aku terima semua
12 september 2011
Monday
Bila cinta hadir dalam hati
Cinta…
Sering kali insan salahkan kau
Kata mereka, kau penyebab mereka buta
Namun hakikat sebenar
Manusia itu sendiri yang membutakan
Diri mereka dek kerana panahan kau
Cinta….
Bagi ku amat suci kerana
Cinta suci itu hadir dalam
Jiwa mengerti cinta
Cinta hakiki adalah cinta Ilahi
Dalam setiap diri orang beriman
Cinta yang dicari dan kejar adalah cinta Allah
Cinta abadi, cinta hakiki
Cinta…
Selepas cintai pada Allah cinta pula kepada Rasulullah
Cinta Rasulullah membawa kita kepada syafaatnya
Penghadiahan selawat ke atas junjungannya
Suatu pengharapan dan tanda terima kasih
Lahirkanlah rasa rindu pada Rasulullah
Kerana Rasulullah sentiasa rindu ingin bertemu umatnya
Rasulullah amat sedih bila mana umatnya
Kian tergelincir daripada landasan iman
Yang Baginda ajarkan
Bila kita ada rasa rindu dan sayang pada Allah dan Rasulullah
Butir titisan air mata jatuh
Mendingin pipi
Keinsafan menerjah sanubari
Membawa kita kepada sinar dan nikmat
Islam dan iman
Cinta…
Bila mana cinta antara manusia hadir dalam diri
Cinta pada sahabat
Tidak akan ada onar dalam persahabatan
Tiada pertelingkahan dalam perjuangan Islam
Cinta…
Apabila hadir dalam diri
Dua insan berlainan gendernya
Cinta dan nafsu perlukan kawalan
Tika mana cinta dan nafsu tiada pengurus
Atau syaitan sebagai pengurus
Makanya, banyaklah terjadi masalah dan kes
Akhlak dan moral dalam masyarakat islam kini
Dinoda
Dan semakin banyak
Ternoda hasutan syaitan
Cinta…
Seharusnya dijaga dalam jagaan suci
Hanya cinta suci
Hadir dalam sesuci hati insani