Monday, 3 June 2013

Istikharah itu indah

Assalamualaikum... kepada sahabat blogger semua... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memberi 2 nikmat terbesar kepada kita.. nikmat Islam dan Iman. Nikmat roh yang pulang ke jasad setelah "mati" sementara kita di waktu malam. Alhamdulillah Ya Allah.. peneraju sekalian alam..

selain ucap syukur.. kita disunatkan untuk melakukan sujud syukur.. tanda syukur kita kepadaNya..

InsyaAllah... entry kali ini HN akan berkongsi sedikit rahsia tentang istikharah atau dikenali dalam kalangan pemuda "solat cari jodoh".. kenapa HN berkata seperti itu???

Ini kerana, ramai diantara kita(termasuk HN..hehe..) melakukan solat istikharah itu atas beberapa tujuan.. terutamanya.. soal jodoh..

Bila timbul tanda tanya "tentang jodoh",, "pilihan dalam memilih jodoh"," Adakah dia jodoh aku,, mak dan ayah tak suka dengannya,tapi aku suka kat dia.. macam mana ni??" dsbg

Persoalan itulah yang sering kali membawa pemuda pemudi kita bertemu Allah dalam solat istikharahnya.. Bukan HN nak kata salah, tapi kurang menyeluruh makna, dan fungsi solat istikharah itu..

Istikharah itu solat penunjuk atau bahasa mudahnya solat memohon pertolongan Allah dalam setiap keputusan.

Solat Sunat Istikharah ini terlalu besar peranannya dan fungsinya. Dengan erti kata yang lain, jika kita punya banyak perkara yang perlu diputuskan, atau punya banyak pilihan atau menempuh pelbagai cabaran atau ujian; Solat Istikharah adalah salah satu solat yang harus kita lakukan selepas solat sunat taubat, hajat dan sunat yang lain.

Ustaz HN sering kali mengajar kami, membuat perkara(solat sunat atau apa2 saja) jangan hanya niat mendapat pahala,, tapi niat yang paling betul adalah "NIAT KERANA ALLAH". Jika tidak kita buat sesuatu dengan niat kerana Allah, kemungkinan tiada pahala bersama dengan kita.

Allahu'allam..

No comments:

Post a Comment