Thursday, 13 June 2013

Alternatif siram bunga kesayangan

Salam alaik. buat sahabat semua.. selalu HN post entry berkaitan kehidupan yang lebih melibatkan diri HN dan sahabat semua.. Namun, entry kali HN khususkan dengan penjagaan bunga. HN ini sangat suka bunga. paling suka ros/mawar merah.

HN pergi cameroon highland haritu, beli 2 jenis pokok, kaktus duri dan kaktus daun.. HN bela dan simpan dalam bilik,, bila boring, HN suka borak2 dengan poko itu. (jangan kata HN gila sudahlah ye..hehe)

HN ini agak sibuk sejak periksa ini, sampai terlupa untuk menyiram bunga kat bilik. sampai satu hari tu, pergi keluar dan tak balik bilik 2-4 hari, balik bilik saja, tengok pokok, hampir nak mati dibuatnya, tanahnya kering kontang.. erm risau sangat.. takut juga dia mati..

Dipendekkan cerita, kawan mai bilik,dan bagi satu cadangan yang sangat cerdik. iaitu buat cm ni:


Cara-cara:

  1. Isi air dalam botol 
  2. Letak/masukkan tali/benang dalam botol air tadi 
  3. Tarik tali tadi ke tanah pokok tersebut
*pastikan tali tersebut telah dibasahkan dahulu sebelum masuk dalam botol dan ke pokok ye.*


InsyaAllah berjaya.. Gambar dibawah ini menunjukan keadaan pokok, air dan tanah ye. 


Air dalam botol akan berkurang, tanah  pokok pula masih dalam keadaan lembab.. 
pokok pula alhamdulillah segar kembali.

*tambahan: Kalau nak bagi baja boleh, tapi dalam sebulan sekali saja. Boleh je larutkan dalam air tu atau letak bulat-bulat atas tanah ye.


selamat mencuba.. 

Entry ini ada kaitan dengan diri kita. contohnya, untuk kita nak kurus, selain amik suppliment (herbalife,dll) ada cara alternatif lain untuk menjadi kurus. yang menggunakan duit yang sedikit.. Dalan kehidupan kita banyak yang perlu kita buat untuk mendapatkan apa yang kita mahu, fikirlah pelbagai cara untuk mendaptkannya..  dan DOA yang paling penting.

No comments:

Post a Comment