Tuesday, 4 June 2013

Exam dan istikharah

salam.. sahabat semua. hari ini HN mahu meneruskan penulisan semalam.. ISTIKHARAH..

Istikharah ini penting bagi setiap muslim, sebab ia salah satu cara kita berkomunikasi dengan Allah terus untuk memilih suatu keputusan. tidak kira keputusan yang mudah mahupun yang sukar. Allah akan memudahkan kita membuat keputusan dengan memberi link terus kepada kita melalui pelbagai cara; antaranya; gerakan hati, mimpi dsbg.  begitu juga dengan exam.

Semua tahu, exam kita ini bukanlah berbentuk multiple question tapi kebanyakan nya subjektif dan esei.. Secara logik kenapa nak buat istikharah pula kalau subjektif??

jawapan mudah: untuk mengeluarkan atau memberi jawapan yang terbaik. bukan jawapan yang konfius.

okay, faham tak semua??

Dengan erti kata lain, beristikharahlah dengan semu perkara yang kita akan lakukan dengan doa paling mudah adalah semoga apa yang kita lakukan ini adalah yang terbaik untuk diri kita (utama) dan orang lain.

selamat beramal..

No comments:

Post a Comment