Friday, 7 June 2013

...Sesaat itu amat berharga...

Salam.. sahabat blog HN.. selamat hari sabtu ya.. semoga sabtu kali ini adalah yang terbaik.. insyaAllah.. apakah entry HN hari ini??

Sesaat itu amat berharga.. sangat2 setuju.. Banyak perkara jika kita abaikan masa walau hanya sesaat,, ia akan menyebabkan kerugian yang amat sangat..

kenapa agaknya HN memasukkan entry tentang masa ini?? pertama adalah kita ini sering lupa akan masa itu diakhir zaman ini amat laju pergi meninggalkan kita. bak kata pepatah arab "masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka kita akan dipotongnya"

ada sebuah cerita yang HN nak kongsi adalah:

"ayah kepada 4 orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) ini punya sakit yang tidak diketahui oleh anak2nya. 2 daripadanya masih belajar di universiti awam di Malaysia. Maknanya perlu sediakan duit secukupnya untuk pembelajaran mereka. Bertungkus lumuslah si ayah ini. Bekerja kuat untuk memberi keperluan secukupnya untuk anak2nya. Namun, pada suatu hari, si ayah menelefon ke semua anaknya untuk pulang pada suatu hari.. Alhamdulillah, kesemuanya gembira untuk  pulang ke rumah selepas menerima panggilan si ayah itu dek kerana rindu. Pada jam menunjukkan 2 petang, 3 orang anaknya selamat sampai dirumah dan menunggu seorang lagi.. si ayah masih dalam keadaan yang elok, namun dalam beberapa minit beberapa saat, si ayah ini terjatuh dan terus dalam keadaan nazak; risau si anak ini kerana kelibat adik yang seorang lagi belum kelihatan, ditelefon berkali-kali, namun..sepi. keadaan si ayah seolah-olah menunggu masa untuk bertemu Ilahi.. ketentuan Allah itu adalah sebaik-baik ketentuan, siapa sangka si anak yang ditunggu-tunggu muncul di muka pintu, namun pada waktu itu, si ayah telah pun ... pejam mata.. pejam mata buat selamanya.. luluh hati si anak dikala melihat jasad si ayah telah terbujur kaku di depan mata mereka. dalam sedih syukur juga di lafazkan tatkala sempat melihat ayah sebelum mata tertutup rapat buat selamanya.. syukur kerana Allah beri pinjaman masa walaupun sesaat."

Cerita ini menunjukan bahawa sesaat itu amat berharga walau dalam apa jua keadaan.

Allah ada berfirman dalam surah al-asr ; " Demi masa (1) sesungguhnya manusia dalam kerugian (2) ,melainkan orang yang beriman dan beramal soleh (3)"






sesaat itu sudah berharga apatah lagi minit2nya, jam2nya dan hari2nya.. ia juga boleh kita kaitkan dengan amalan kita,jodoh kita,ujian kita dll. begitu juga dengan janji kita pada manusia (meeting,assignment,dll) dan paling penting janji kita pada ALLAH..

fikir2kan dan amalkan perkara yang baik dan tidak abaikan masa itu ...

No comments:

Post a Comment