Friday, 21 June 2013

Ustazah Norhafizah Musa - Sudahkah Bersyukur

Assalamualaikum.. kepada sahabat blog HN. Entry kali ini adalah berkisah tentang penyampaian ilmu oleh ustazah NorHafizah MUsa : Sudahkah bersyukur. 

HN akan mengupas dan berkongsi tentang kuliah ilmu dalam  slot; Tanyalah Ustazah

Ustazah, bermula dengan bacaan Surah Luqman:12 

Maksudnya: "Dan sesungguhnya, telah kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, "bersyukurlah kepada Allah!Dan barang siapa bersyukur (kepada Alla), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendir dan  barang siapa tidak bersyukur (kufur) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji"


Lakukan rasa syukur setelah kita bangkit dari tidur dengan bacaan; 



Maksud Syukur menurut ISLAM: kamu mengetahui dan mengiktiraf akan nikmat daripada Allah, kamu melihat siapa yang memberi nikmat, kamu menjaga diri kamu daripada maksiat dan kamu laksanakan ketaatan kepada Pemberi Nikmat.

Kedudukan Syukur, adalah tujuan hidup dan mati kita, tujuan terlepas daripada azab dan tujuan pertambahan nikmat.

Dalam al-Quran, Allah banyak menyebut akan tentang nikmat, seperti nikmat bulan Ramadhan (al-Baqarah;185 & 116), solat & wuduk (surah al-Maidah;6), dll) setiap pengakhiran ayat tersebut, Allah sebut, "Moga-moga kamu bersyukur"


Tanda-tanda seseorang itu telah benar-benar bersyukur: (kita lihat pada diri kita) Rasulullah melahirkan rasa syukur dengan bangkit solat malam, rukuk dan sujud bertasbih kepada Allah. kita pula bagaimana??


1. Mengiktiraf ia sesuatu nikmat daripada Allah..
  - kita selalu meminta dimustajabkan doa kita, namun kita tidak mengetahui/perasan yang Allah memberi nimat tanpa kita sedar dan meminta
2. memuji ALLAH 
( Nabi Daud, solat malam dan aku telah memuji Kamu setiap malam, adakah makhluk memuji Kamu lebih banyak daripada aku? jawapannya: Ya, ada. katak selalu memuji Allah)
3.menggunakan nikmat untuk kembali berbakti kepada ALLAH, 
(360 sendi, solat dhuha menghargai nikmat 360 sendi)
4.merasa cukup dengan nikmat 
5.memberi dan berkongsi nikmat Allah

Bagaimana nak zahirkan rasa syukur dengan pancaindera kita:
mata,hidung,hati,mulut,telinga,lidah
1. tafakkur, Alhamdulillah, masyaAllah, subhanaAllah.

Tatacara sujud syukur:
1.berwuduk (atau tidak berwuduk-qilaf)
2.tutup aurat
3.menghadap kiblat
4.takbir
5.sujud
6.bangkit (beri salam/tidak)

Tanda-tanda orang yang tidak mensyukuri nikmat:
1.Jauh dari Allah
2.tak tenang jiwanya dan sentiasa berkeluh kesah
3.Dibenci Allah dan manusia

Tips menjadi hamba yang bersyukur:
1.Lihatlah orang yang rendah nikmat daripada kita
2.kenal Allah S.W.T.
3. surah Taha- menjaga pandangan-kerana hati dan nafsu akan menyebabkan kita terus complain dan lahir kurang rasa syukur

Terlalu banyak nikmat Allah beri dan pinjam kepada kita. syukur kita ini belum setimpal dengan nikmat Allah beri kepada kita. rasa syukur kita menandakan usaha kita bersyukur.

Syukur itu bukan hanya kata Alhamdulillah saja, malah ia perlu percaya dan yakin dengan hati dan perakui dengan perbuatan.

P/s: untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. mungkin ada yang tercicir mahupun tertinggal. anda boleh lah mengikutinya di http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV9/tanyalah_ustazah_2013___e7cdeb2db9db45438beba13500fae5cf/episode_25_35990eb9e63b4ede9de5a13500fae977

Moga Allah menjaga hati-hati kita.. Bismillah.. Alhamdulillah

Thursday, 13 June 2013

Alternatif siram bunga kesayangan

Salam alaik. buat sahabat semua.. selalu HN post entry berkaitan kehidupan yang lebih melibatkan diri HN dan sahabat semua.. Namun, entry kali HN khususkan dengan penjagaan bunga. HN ini sangat suka bunga. paling suka ros/mawar merah.

HN pergi cameroon highland haritu, beli 2 jenis pokok, kaktus duri dan kaktus daun.. HN bela dan simpan dalam bilik,, bila boring, HN suka borak2 dengan poko itu. (jangan kata HN gila sudahlah ye..hehe)

HN ini agak sibuk sejak periksa ini, sampai terlupa untuk menyiram bunga kat bilik. sampai satu hari tu, pergi keluar dan tak balik bilik 2-4 hari, balik bilik saja, tengok pokok, hampir nak mati dibuatnya, tanahnya kering kontang.. erm risau sangat.. takut juga dia mati..

Dipendekkan cerita, kawan mai bilik,dan bagi satu cadangan yang sangat cerdik. iaitu buat cm ni:


Cara-cara:

  1. Isi air dalam botol 
  2. Letak/masukkan tali/benang dalam botol air tadi 
  3. Tarik tali tadi ke tanah pokok tersebut
*pastikan tali tersebut telah dibasahkan dahulu sebelum masuk dalam botol dan ke pokok ye.*


InsyaAllah berjaya.. Gambar dibawah ini menunjukan keadaan pokok, air dan tanah ye. 


Air dalam botol akan berkurang, tanah  pokok pula masih dalam keadaan lembab.. 
pokok pula alhamdulillah segar kembali.

*tambahan: Kalau nak bagi baja boleh, tapi dalam sebulan sekali saja. Boleh je larutkan dalam air tu atau letak bulat-bulat atas tanah ye.


selamat mencuba.. 

Entry ini ada kaitan dengan diri kita. contohnya, untuk kita nak kurus, selain amik suppliment (herbalife,dll) ada cara alternatif lain untuk menjadi kurus. yang menggunakan duit yang sedikit.. Dalan kehidupan kita banyak yang perlu kita buat untuk mendapatkan apa yang kita mahu, fikirlah pelbagai cara untuk mendaptkannya..  dan DOA yang paling penting.

Friday, 7 June 2013

...Sesaat itu amat berharga...

Salam.. sahabat blog HN.. selamat hari sabtu ya.. semoga sabtu kali ini adalah yang terbaik.. insyaAllah.. apakah entry HN hari ini??

Sesaat itu amat berharga.. sangat2 setuju.. Banyak perkara jika kita abaikan masa walau hanya sesaat,, ia akan menyebabkan kerugian yang amat sangat..

kenapa agaknya HN memasukkan entry tentang masa ini?? pertama adalah kita ini sering lupa akan masa itu diakhir zaman ini amat laju pergi meninggalkan kita. bak kata pepatah arab "masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka kita akan dipotongnya"

ada sebuah cerita yang HN nak kongsi adalah:

"ayah kepada 4 orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) ini punya sakit yang tidak diketahui oleh anak2nya. 2 daripadanya masih belajar di universiti awam di Malaysia. Maknanya perlu sediakan duit secukupnya untuk pembelajaran mereka. Bertungkus lumuslah si ayah ini. Bekerja kuat untuk memberi keperluan secukupnya untuk anak2nya. Namun, pada suatu hari, si ayah menelefon ke semua anaknya untuk pulang pada suatu hari.. Alhamdulillah, kesemuanya gembira untuk  pulang ke rumah selepas menerima panggilan si ayah itu dek kerana rindu. Pada jam menunjukkan 2 petang, 3 orang anaknya selamat sampai dirumah dan menunggu seorang lagi.. si ayah masih dalam keadaan yang elok, namun dalam beberapa minit beberapa saat, si ayah ini terjatuh dan terus dalam keadaan nazak; risau si anak ini kerana kelibat adik yang seorang lagi belum kelihatan, ditelefon berkali-kali, namun..sepi. keadaan si ayah seolah-olah menunggu masa untuk bertemu Ilahi.. ketentuan Allah itu adalah sebaik-baik ketentuan, siapa sangka si anak yang ditunggu-tunggu muncul di muka pintu, namun pada waktu itu, si ayah telah pun ... pejam mata.. pejam mata buat selamanya.. luluh hati si anak dikala melihat jasad si ayah telah terbujur kaku di depan mata mereka. dalam sedih syukur juga di lafazkan tatkala sempat melihat ayah sebelum mata tertutup rapat buat selamanya.. syukur kerana Allah beri pinjaman masa walaupun sesaat."

Cerita ini menunjukan bahawa sesaat itu amat berharga walau dalam apa jua keadaan.

Allah ada berfirman dalam surah al-asr ; " Demi masa (1) sesungguhnya manusia dalam kerugian (2) ,melainkan orang yang beriman dan beramal soleh (3)"






sesaat itu sudah berharga apatah lagi minit2nya, jam2nya dan hari2nya.. ia juga boleh kita kaitkan dengan amalan kita,jodoh kita,ujian kita dll. begitu juga dengan janji kita pada manusia (meeting,assignment,dll) dan paling penting janji kita pada ALLAH..

fikir2kan dan amalkan perkara yang baik dan tidak abaikan masa itu ...

Thursday, 6 June 2013

Debaran menunggu....ANGKASA....

Salam.. sahabat semua.. maaf andai lama sangat tak update blog ni, ini kerana ada banyak benda yang penting nak diselesaikan...

okaylah, kita berbalik kepada tajuk entry kali ini "debaran menunggu...ANGKASA.." apakah itu??

Cuba jangan nak buat andai okay, HN bagitahu lah, baru hari ini HN dapat berita yang HN dah diterima permohonan untuk Latihan Industri di ANGKASA.. alhamdulillah... terima kasih Allah.. sesungguhnya kau mudahkan urusan ku walaupun kau timpakan aku dengan ujian..

sapa tahu angkasa tu apa?? planet ke?? Erm.. tak lah.. Angkasa itu adalah Agensi Pusat Angkasa Negara.. alhamdulillah.. puasa tahun ini dapat merasa menjejak kaki kat menara cerap.. ala menara yang orang guna untuk tengok anak bulan nak puasa dan hari raya nanti tu..  walau tak dapat tengok anak bulan tu, dapat tengok menara pun dah kira ok dah.. huh..

Seronok sekali hari ini.. baiklah sahabat.. Doakan HN berjaya menjalani Latihan Industri di ANGKASA nanti.. see u.. daa..



Tuesday, 4 June 2013

Exam dan istikharah

salam.. sahabat semua. hari ini HN mahu meneruskan penulisan semalam.. ISTIKHARAH..

Istikharah ini penting bagi setiap muslim, sebab ia salah satu cara kita berkomunikasi dengan Allah terus untuk memilih suatu keputusan. tidak kira keputusan yang mudah mahupun yang sukar. Allah akan memudahkan kita membuat keputusan dengan memberi link terus kepada kita melalui pelbagai cara; antaranya; gerakan hati, mimpi dsbg.  begitu juga dengan exam.

Semua tahu, exam kita ini bukanlah berbentuk multiple question tapi kebanyakan nya subjektif dan esei.. Secara logik kenapa nak buat istikharah pula kalau subjektif??

jawapan mudah: untuk mengeluarkan atau memberi jawapan yang terbaik. bukan jawapan yang konfius.

okay, faham tak semua??

Dengan erti kata lain, beristikharahlah dengan semu perkara yang kita akan lakukan dengan doa paling mudah adalah semoga apa yang kita lakukan ini adalah yang terbaik untuk diri kita (utama) dan orang lain.

selamat beramal..

Monday, 3 June 2013

Istikharah itu indah

Assalamualaikum... kepada sahabat blogger semua... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memberi 2 nikmat terbesar kepada kita.. nikmat Islam dan Iman. Nikmat roh yang pulang ke jasad setelah "mati" sementara kita di waktu malam. Alhamdulillah Ya Allah.. peneraju sekalian alam..

selain ucap syukur.. kita disunatkan untuk melakukan sujud syukur.. tanda syukur kita kepadaNya..

InsyaAllah... entry kali ini HN akan berkongsi sedikit rahsia tentang istikharah atau dikenali dalam kalangan pemuda "solat cari jodoh".. kenapa HN berkata seperti itu???

Ini kerana, ramai diantara kita(termasuk HN..hehe..) melakukan solat istikharah itu atas beberapa tujuan.. terutamanya.. soal jodoh..

Bila timbul tanda tanya "tentang jodoh",, "pilihan dalam memilih jodoh"," Adakah dia jodoh aku,, mak dan ayah tak suka dengannya,tapi aku suka kat dia.. macam mana ni??" dsbg

Persoalan itulah yang sering kali membawa pemuda pemudi kita bertemu Allah dalam solat istikharahnya.. Bukan HN nak kata salah, tapi kurang menyeluruh makna, dan fungsi solat istikharah itu..

Istikharah itu solat penunjuk atau bahasa mudahnya solat memohon pertolongan Allah dalam setiap keputusan.

Solat Sunat Istikharah ini terlalu besar peranannya dan fungsinya. Dengan erti kata yang lain, jika kita punya banyak perkara yang perlu diputuskan, atau punya banyak pilihan atau menempuh pelbagai cabaran atau ujian; Solat Istikharah adalah salah satu solat yang harus kita lakukan selepas solat sunat taubat, hajat dan sunat yang lain.

Ustaz HN sering kali mengajar kami, membuat perkara(solat sunat atau apa2 saja) jangan hanya niat mendapat pahala,, tapi niat yang paling betul adalah "NIAT KERANA ALLAH". Jika tidak kita buat sesuatu dengan niat kerana Allah, kemungkinan tiada pahala bersama dengan kita.

Allahu'allam..