Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat blog sekalian...
Entri kali ini..HN nak kongsikan pengisian yang HN dapat selepas menonton rancangan "Semanis Kurma"
yang di tayangkan di TV9 setiap Khamis:9.30pm
Rancangan yang bagus untuk pasangan suami isteri atau pasangan yang bakal berumah tangga..kerana rancangan ini banyak membincangkan dan memberi sedikit panduan alam perkahwinan.bukan orang dah kahwin je boleh tengok, yang bakal ka yang belum sedia ka, sapa-sapa saja bole tengok sebagai rancangan ilmu.
Tajuknya minggu ini: Dompet isteri.
Apa makna 'dompet isteri'??
-->bermakna,isteri ada pendapatan sendiri/bekerja lah..
Apa yang dibincangkan dengan tajuk ini.? Jom kita kupas..
1. Walapun isteri mempunyai pendapatannya sendiri, namun suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri.
2.Antara nafkah yang wajib disediakan oleh suamiuntuk isteri dan anak-anak:
--tempat tinggal (rumah), makanan,pakaian,pendidikan,wang (perbelanjaan sebulan)
3.Antara nafkah sampingan (aksesori)
--TV,kereta,sofa
*** Bak kata ustaz Badlishah.. janganlah cari rumah cam bawah jambatan. Tak sesuai langsung untuk tinggal. carilah kediaman yang sesuai, selesa dan serba ringkas sebagai permulaan. kemudian, bila ada duit lebih,nak beli rumah lain ke apa ke, terpulang la...Yang penting ikhlas
*Bagi HN, rumah tu walau kecik,biar lah selesa,kemas.. taknaklah rumah besar, tapi serabut, bersepah,..isy.. takboleh macam tu.. dah ada rumah kene bersyukur, jagalah elok-elok ye tak. jadi tugas isteri lah yang mengemas, tapi suami kenelah tolong ye.. (pasti terbaik..)
4.Pemberian nafkah suami kepada isterinya boleh terbatal dengan beberapa sebab;
a. Nusyuz
b. Kerja isteri suami tak suka (Redha)
c. Keluar rumah tanpa izin
d.
(alamak. HN lupa lah 1 lagi point, tak pa naa.. nanti HN ingat, HN update.. maaf ya)
5.Nak tau, pemberian ada kategori tau.. HN pun baru tau.. nak tau? ok, ini dia kategorinya:
a. suami kaya = 2 cupak sehari (550g x 2 =1100g)
b.suami sederhana = 1 ½ cupak sehari (550g x 1 ½ = 825g)
c.suami miskin = 1 cupak sehari (550g)
~~~~ ingat!!!
ini adalah had minima suami beri kepada nafkah kepada isteri.. lagi mampu ,beri
lebih. Jangan ingat ini saja suami kena bagi pada isteri… isteri pula, jangan
lah minta lebih kalo dah tau suami tu tak bapa nak mampukan. Tak baik
menyusahkan suami.. bole mendatangkan dosa lain
pulak. (surah at-Talaq:7)
6. Ada sedikit cerita HN nak kongsikan.. cerita pada zaman Rasulullah.
Cerita tentang kisah Zainab suaminya. Mereka berdua sanagt berebut untuk mengumpul pahala.. (kita?? cam ne?? ada yang masih mengumpul dosa.. erm,jom muhasabah..)
Mereka dalam perjalanan terjumpa pasangan suami isteri yang mana isteri itu ingn bertanya soalan yang sama nak ditanya Zainab.
kemudian mereka bertemu Bilal, nak meminta Bilal menyampaikan hasrat mereka dengan meminta Bilal bertanya kepada Rasulullah.. nak tau soalanya??
“Bilal, boleh kah kamu bertemu nabi dan
bertanya padanya, bolehkah kami isteri memberi duit(harta) kami ini kepada suami kami, dan anak2
yatim?”Tanya zainab.
“Boleh, si isteri itu mendapat 2 pahala ;
ibadah dan sedekah”
~kisah ini sangat menunjukkan, jika isteri
yang bekerja kerana Allah dia akan sama-sama membantu suaminya dalam pengurusan
keluarga. Tapi, isteri janganlah semua nak bagi sampai tiada simpanan diri
sendiri.. menabung juga cara bantu suami,sekurang-kurangnya, barangan peribadi
kita, tak perlu dah nak minta duit suami..betul tak?
~ Zainab bertanya begini kerana dia mahu menjadi seperti siti khadijah..
7. Sharing is caring, Caring is loving, Loving is forgiving
8. Doa yang boleh kita amalkan memohon pada Allah untuk membuka pintu rezeki:
a. amalkan asmaul husna (Ar-Razaq=40x)
b. Baca surah al-waqiah
-doa ini bole diamalkan tuk memohon pada Allah supaya melembutkan hati seseorang (suami/isteri/anak/dll)
surah Assyura:19
9.Dalam hadis panjang, Nabi ada bersabda;
" jika 1 dinar kau beri untuk tujuan peperangan, 1 dinar lagi kau beri kepada anak yatim dan 1 dinar lagi kau beri kepada keluargamu, maka 1 dinar yang kau beri kepada keluargamu adalah sebaik-baik pemberian dan ia memberi ganjaran yang besar."
--Hadis ini, Rasulullah ingin mengajar kita supaya melebihkan keluarga sebelum melebihkan orang lain. Beri nafka kepada keluarga sebelum bersedekah tuk orang lain.
--jangan jadi : kra di huatn disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
--Namun, kita masih dituntut untuk memberi sedekah dan menginfakkan harta ke jalan Allah (jihad)
## untuk mendengar dengan lebih jelas, boleh tengok siaran ulangan di TV 9, pagi isnin minggu depan. atau layari link ini :
www.tonton.com.my/tv9
boleh la tengok sendiri tapi kene register dulu ye.. huhu..kalo tak, tak bolh la tengok..