Setiap memori yang memberi seribu makna pada diri ini akan sentiasa tersemat dalam diri ini...
Setiap ILMU bermanfaat akan ku sebarkan dan perkongsikan buat pembaca...
Buat semua pengunjung blog HN.. entry kali ini saya nak share tentang cerita Nabi Ibrahim..
Selepas HN membaca satu buku/majalah buat kanak-kanak iaitu "Ana Muslim" HN sangat teruja membaca tentang kisah Nabi Ibrahim a.s. yang di bakar dalam api yang marak.
--> Suatu ketika, kaumnya menemui Nabi Ibrahim dan bertanya, " Ya Ibrahim, adakah Engkau yang memecahkan patung-patung berhala kami ini?" Maka Nabi IBrahim pun menjawab " tanyalah kepada patung-patung berhala kamu ini, siapa yang memecahkan mereka?" kaumnya menjawab "Bukankah Kau tahu, bahawa patung-patung ini tidak boleh bercakap, kenapa masih menyuruh kami tanya?" Kaumnya menjawab dalam nada yang marah. Beginilah kaum Nabi Ibrahim, yang mana suka melakukan perkara yang tidak berfaedah lagi tidak bermanfaat.Lalu Nabi Ibrahim mencela tentang Kebesaran ALLAH... Dengan rasa marah, kaumnya mencampak Nabi Ibrahim a.s. ke dalam nyalaan api yang marak.
Namun, dengan kuasa dan izin Allah nyalaan api yang marak itu, bertukar menjadi ais.
Setelah itu, Nabi Ibrahim keluar daripada tengah yang sebelumnya nyalaan api dan kini tadahan ais dalam keadaan yang sihat tanpa ada kesakitan dan tidak terbakar walau sehelai bulu roma mahupun kulitnya.. kaumnya terkejut...
Kisah ini menunjukkan kekuasaan ALLAH... dan ia juga adalah bukti bahawa nabi-nabi ALLAH adalah benar.
--> sahabat yang berkunjung ke blog HN dan membaca kisah ini, ambillah iktibar supaya kita sama-sama mengingati ALLAH setiap masa,waktu dan ketika..
-->HN menasihati diri HN sendiri dan sahabat semua agar jadikan cinta ALLAH sebagai cinta Agung dan pertama, dan cinta kedua adalah Rasulullah s.a.w.
-->InsyaALLAH, kita akan merasa nikmat hidup dan iman yang Allah kurniakan pada kita..
Assalamualaikum.... kepada pembaca dan pengunjung blog HN...
Firstly saya nak menyambung penerangan tentang sebalik ujian yang HN post minggu lepas.
Kelebihan ujian ALLAH:
1. ALLAH menaikkan darjat kita
- Dengan Ujian, Allah mahu menguji hambaNYA seorang yang sabar atau tidak. Dan sesungguhnya, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditranggung oleh hambanya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang termampu dan terbaik buat kita.
==>dalam surah al-Baqarah 2;286
maksudnya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
- Allah juga melihat sejauh mana usaha dan tahap kesabaran dana juga tahap "kebergantungan" kita padaNYA. (adakah hanya dalam keadaan susah saja kita mengadu, atau ketika susah dan senang kita ingat padaNYa)
2. Allah ingin memberi sesuatu yang hebat kepada kita
- Allah akan memberi ganjaran (dalam pelbagai bentuk contoh pahala) kepada hambaNYA yang dapat mengharungi setiap ujianNYA dalam iman.
- contoh, Allah uji kita dengan kehilangan moto, apabila kita pasrah dan redha dan kita pohon agar Allah permudahkan kita menjumpai moto kita atau pohon agar kita dikurniakan moto baru.
- Dengan izin Allah, kita dapat beli moto baru. itu pun kerana moto hilang. kalau moto tu tak hilang, tak dapatlah moto baru..huhu..
Pada semua.. Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang dua video berkaitan "Sebalik ujian ALLAH".
"Disebalik ujian ALLAH" vol 1:
"Disebalik Ujian ALLAH" vol 2:
HN nak berkongsi sedikit isi yang terdapat dalam video ini:
Faedah atau kebaikan di sebalik ujian Allah beri pada kita..
Dalam al-Quran, Allah telah menyebut bahawa " jangan berkata kita orang beriman selagi mana belum diuji" (tak ingat ayat berapa)
dan Allah telah berkata "Allah tidak akan memberi sesuatu ujian pada hambanya yang tidak dapat ditanggungnya"(maksud ayat)
Antara kebaikannya adalah:
1. Kita dapat merasai indahnya nikmat kejayaan..
- Maksudnya, nikmat kejayaan bila mana kita dapat mengharungi ujian yang Allah beri pada kita. kita tidak mengeluh malah kuat semangat untuk mengahdapi ujian itu.
2. Memberi peluang pembelajaran ibadah
-Tentang ibadah yang kita tidak tahu sebelum ini, namun apa bila di beri ujian,maka kita dapat belajar tentang sesuatu ibadah yang sangat membantu kita dalam ujian ini.
-Contohnya: dalam kita diuji dengan kesakitan(patah tangan/tangan terbakar). Allah memberi peluang kepada kita,ahli keluarga kita serta orang terdekat dengan kita turut mempelajari rukhsah solat/kemudahan ibadah dalam solat
HN dapat tulis 2 tentang kebaikan sebalik ujian Allah.. Dalam entry seterusnya, akan HN kongsikan.. tunggu ya..
Bagaimana kita menjadikan hari kita ini lebih baik??
Antaranya ialah:
1. Selepas bangun daripada tidur kita(mati sementara kita) ,bacalah doa bangun tidur.
Doa Bangun Tidur:
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.
# Sesungguhnya, manusia ketika tidurnya, syaitan telah mengikat kita dengan 3 ikatan (tak buka mata,malas nak bangun, dan malas nak solat subuh)
Bagaimana untuk membuka ikatan syaitan itu???
Caranya ialah:
a.Bangun dari tidur (buka mata), terus baca doa paling tidak ucaplah "ALHAMDULILLAH" = ikatan 1 terlerai
b.Selepas bangun, terus hemah diri(mandi) kemudian ambil wudhuk = ikatan ke-2 terbuka
c. Selepas berwudhuk, terus tunaikan Solat Sunat Sebelum SUBUH dan Solat Fardhu SUBUH. = maka terputus lah ikatan ke-3 syaitan..
--> setelah ketiga-tiga perkara ini kita lakukan.. syaitan akan menangis kerana dia tidak berjaya menguasai kita. namun jika tidak kita lakukan 3 perkara ini, syaitan bersorak kegembiraan.
2. Bangun saja daripada tidur atau setelah kita selesai Solat Sunat SUBUH dan Solat Fardhu SUBUH, .ukirlah senyuman.
Senyuman: tanda kita syukur pada Allah kerana masih memberi nafas pada kita dan menjadikan hari kita ini hari yang ceria..
3. Bacaan al-Ma'thurat di pagi hari.
Kelebihan bacaan al-Ma'thurat:
- Tidak dihampiri syaitan - Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini - Allah mencukupkannya apa yg sgt diperlukan daripada urusan dunia dan akhirat - Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah menjamin untuknya syurga - Selamat drp segala sesuatu - Allah menyempurnakan nikmatnya kepada orang yang membacanya - Allah berhak untuk meredhainya - Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat atasnya - Terhindar daripada syirik - Selamat daripada bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun - Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang - Berhak mendapat syafaat pada hari kiamat - Sesiapa yg membaca pd waktu pg, akan diperlihara oleh Allah hingga ke petang. Dan sesiapa yg membaca di waktu petang akan terpelihara hingga waktu pagi - Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dr sudut zikir dan doa dan berbagai lg kelebihan.
Kredit: IluvIslam.com dan www.hatikering.wordpress.com
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
5. Mulakanlah langkah kemana saja kita mahu pergi dengan bacaan Basmalah dan dikuti doa yang anda nak pohon.
InsyaAllah akan terlindung dari segala kejahatan dan akan dilindungi Allah dalam setiap langkahnya..
maksudnya: "Dengan nama Allah yang MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG"
salam alaik buat semua,.. saya ingin berkongsi dengan sahabat dengan video tentang insan yang sangat bermakna dalam hidup kita ini iaitu: IBU..
HN nak berkongsi tentang bagaimana kita nak hargai Ibu kita:
1.semoga kita semua sentiasa ingat pada ibu kita.. ucapan terima kasih terlalu besar maknanya buat seorng ibu: (Hadiah terhebat) daripada ibu adalah MELAHIRKAN KITA..
"IBU, Terima Kasih kerana memberi hadiah terbesar dan mahal buat kita kerana melahirkan kita, I luv U IBU...."
2.Lahirkan kasih sayang kita:
IBU adalah wanita dan wanita sangat tinggi darjatnya...makanya beruntunglah menjadi seorang wanita yang bernama IBU,.. hormat dan sayangi IBU kita sebagaimana kita sayang diri kita sendiri.
Wahai wanita diluar sana sayangi dan ikuti lah segala pesanannya, kerana kita juga bakal menjadi seorg ibu, jika kita baik pada ibu kita, maka anak kita akan baik pada kita kelak, (dan begitu juga sebaliknya)
3. Berilah hadiah pada ayah dan ibu kita di tarikh lahir kita... hadiah yang paling mahal yang kita mampu beli kn tuk mereka... bukan kita minta hadiah daripada mereka..
ayah lahirkan dahulu baru ibu... keduanya sangat penting..
# dalam sepotong hadis bermaksud "Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab beliau: "Ibumu". Tanya: "Siapa lagi?" Jawab beliau: "Kemudian itu bapamu." " Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Ibu_Bapa/#ixzz1iy6b1CAm
4. Telefon ibu dan ayah kita sekerap yang bole.. sehebat anak itu adalah sehebat hubungan dia dengan ibu dan ayahnya..
paling hebat, telefon lah mereka setiap hari, tak dapat telefon setiap hari, 3 hari sekali bole, seminggu sekali bole,sebulan sekali bole... -telefon bermesej dengan pakwe/makwe bole, kenapa tak bole dengan ibu dan ayah kita yang paling sayang akan kita...
HN juga ingin mengucapkan selamat memasuki tahun baru 2012.. dan tahun baru ini jg merupakan tahun umur bertambah dan semakin dekat dengan tarikh kematian...