Wednesday 10 August 2011

Ku ingatkan Sekuntum, rupanya Sepasu

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang menggamit memori dah macam lagu radio stesen klasik nasional pulak..hahaha... Nak kata cerita cinta bukan nak kata cerita kelakar pun bukan tapi ada kedua-duanya lah.. bacalah kawan-kawan.

Cerita bermula begini.

Pada suatu petang, Nisa dan Rubi baru saja selesai menunaikan solat asar. mereka mengambil keputusan tuk bersiar-siar di taman permainan bersebelahan rumah mereka. Taman permainan tu  yang sememangnya menjadi tumpuan kanak-kanak bermain di waktu petang begini. Mereka berdua suka berkongsi cerita tentang diri masing-masing. 

Hari ini,Rubi nak bercerita:

"Nisa,aku ada cerita nak cerita pada kau."
"Cerita apa itu?"
"Camni, aritu masa hari jadi aku yang lepas aku ada dapat hadiah tau."
"Hadiah??Tak bagitau aku pun."

"Aku nak bagitau kau la ni.Camni, kawan baik aku ada tanya kat aku, banyak-banyak bunga kat dunia ni, Rubi suka bunga apa? Aku pun jawab, bunga ros, Kenapa? dia kata tak ada apa-apa pun. Aku pun biar jela."

"Tapi yang terkejut tu selepas seminggu befday aku,ada orang datang ofis aku, anta bunga, sekuntum bunga ros,nama orang tu sama pula macam aku. AKu pun excited la, Aku ingat tu untuk aku,aku pun amik bunga tu dan nak bawa atas meja aku.tapi tetiba je ada orang panggil nama aku,budak yang aku pnggil tu aku tak berapa nak kenallah."

"Lepas tu?apa terjadi?"
"Budak itu tanya aku,'mana cik dapat bunga ini?' "
"aku dengan muka selamba menjawab,'tadi ada budak kedai bunga hantar pada saya.Ada apa ya encik?' "

"Dia pun jawab,saya rasa dia dah tersilap orang. bunga ini bukan cik punya, tapi teman wanita saya punya.namanya rubini.'aku pun apalagi terkejut hampir nak tersungkur pun ada tau"

"La,pastu??ceritalah cepat."
"Aku pun apalagidengan rasa malu,aku bagi bunga tu kat budak tu dan minta maaf pastu jalan laju gaya berlari.haha..malunya rasa."
"Hahaha..memang kelakar la wei..kalo aku pun, aku malu."

"Cian aku kan.tapi seminggu lepas tu,aku terkejut lagi sekali bila tengok atas meja aku ada sepasu bunga ros yang bunganya kembang-kembang belaka.Ya Allah,aku terperanjat,tapi aku tak beranilah nak sentuh bunga tu,takut-takut tersalah letak ke apa ke. aku biar je kat tepi meja aku,Tapi tetiba je fon aku berdering."

"Sapa pulak yang telepon kau?"
"Kawan baik aku"
"Dia cakap apa?"

"Dia tanya aku, dah dapat ke bunga ros sepasu?aku pun jawablah ada.sekali dia kata baguslah,takut-takut saya tersalah meja orang tadi"
"Cantik sungguh bunga dalam pasu tu...aku suka sangat"

"Wau,kiranya dia lah yang bagi bunga ros sepasu pada kau?"
"Yup"
"Wau,beruntunglah badan,tak dapat bunga ros sekuntum,tapi dapat sepasu"

macam tulah ceritanya.Okay tak ceritanya?
cerita ini saya reka sendiri.saja je nak reka-reka sebab ada la minat nak menulis ni.Cuba-cuba je.kalo sudi baca dan komen ya.Saya budak baru belajar.

2 comments:

  1. heheheh..kisah bunga ros ye... hihi..

    ReplyDelete
  2. hakhak. ok2..tak ada hal...kalau digarap lengkap dengan plot menarik mesti boleh. keep it up! :D

    ReplyDelete