Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ini genap sudah 7 hari kita puasa pada tahun ini,1432H... Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak ini buat teman-teman dan sahabat saya..
Saya suka untuk mengingatkan diri saya dan juga sahabat sekalian agar kita sama-sama merebut bulan ini dengan menjalankan dan memperbanyakkanlah ibadah sunat dan tidak meninggalkan amalan wajib.
Entry kali ini saya ingin menyebutkan tentang masalah remaja,dewasa dan kanak-kanak yang beragama Islam. Hari demi hari masalah sosial kian menjadi-jadi dalam kalangan umat Islam kita pada hari ini, tidak kira yang berbangsa melayu mahupun bukan.Tapi yang saya sedihkan adalah masalah ini berlaku dalam kalangan umat Islam yang berbangsa Melayu dan yang dilahirkan dalam keluarga Islam.
Saya juga adalah dalam kategori itu, saya sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam dan telah menjadikan menTAUHIDKAN ALLAH...kita sememangnya perlu BERSYUKUR apabila kita dilahirkan dalam keluarga Islam.
Dan ketahuilah bahawa semua bayi yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai fitrah yang sama iaitu ISLAM.Beruntunglah kita yang dilahirkan dalam keluarga yang berpegang pada agama ALLAH(ISLAM) setelah kita dilahirkan.
Masalah yang menimpa umat ISLAM kini adalah kerana minda kita semua telah dijajah oleh anasir dan pemikiran barat walaupun kita hidup dalam negara yang merdeka.
Sepanjang seminggu saya berpuasa ini, banyak perkara/masalah yang berlaku dalam masayarakat Islam kini. Ada yang berpuasa tapi tak solat dan tak menutup aurat. Ada yang tak puasa tapi selamba saja merokok dan makan dan minum dihadapan orang lain...masyaAllah..Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang ini? tak takutkah mereka pada ALLAH?.
Bagaimanakah ini boleh berlaku????Apakah sebabnya???kita akan bincang pada entry yang akan datang...saya akan terangkan tentang serba sedikit sebab kenapa mereka jadi begini.
No comments:
Post a Comment