Wednesday, 7 December 2011

perubahan membawa kepada kebahagiaan

Assalamualaikum...

sekisah cerita pautan pengajaran..

kehidupan barat merubah asia
haramnya air jadikan halal
gaulan maksiat tiada beda
hiburan melampau jadi kemudi 

hadirnya nur ain
"cahaya mata"
sebagai
takdir Allah tentukan jalan hidup
membuka lambayung 
sinar baru kehidupan

betul kata 'nur ain'
"kita akan rasa bahagia bila mana kita berubah ke arah kebaikan"

Doa si anak
membawa kisah baru 
buat si ibu si ayah
walau sakit dilibas
namun hati nurani
terdidik islam
maaf diberi kasih sayang diminta
kerinduan terbalas
hadirnya 
merubah si ibu si ayah

"kadang-kadang Allah hilangkan MATAHARI,
lalu Allah hadirkan GURUH & PETIR,
kita MENANGIS mencari MATAHARI,
namun rupanya 
ALLAH nak beri PELANGI"



kata-kata yang HN kongsikan adalah daripada sebuah cerita yang ditayangkan di televisyen tempatan yang mana  membawa makna besar, semoga kita memperoleh bahagia yang halal buat kita.insyaAllah.

Daripada penceritaan ini, pendapat HN tak sepatutnya DRAMA MELAYU ada konsep atau ada style atau identiti DRAMA BARAT..(fikir-fikirlah sendiri) sehingga meluput budaya ISLAM KEMELAYUAN.

kadang kala,penerbit mahupun penulis skrip mahupun pengarah mahupun pelakon, terlalu mengikut pasaran perfileman.. HN menganggapkan institusi perfileman kita kini terlalu memikirkan KEUNTUNGAN semata daripada nilai ISLAM dalam kehidupan orang MELAYU.. 

Allahu'alam.
~perbaiki diri,peroleh bahagia~
sejarum benang



Sunday, 4 December 2011

first in my life

Assalamualaikum..salam sayang buat pembaca blog HN..

entry kali ini HN nk kongsi cerita sal HN.. selama ini HN x berapa berani nak bawa motor..bawa pun dalam kadar 20km/j je...huhu.

tapi baru-baru ini,HN di beri tekanan oleh senior tuk bawa motor dia ke bilik MPM tuk ambil makanan AJK..

kira tu first time HN bawa moto seorang diri dan alhamdulillah, Allah Maha Kaya dan Maha Memakbulkan doa..


ini lah motor yang HN bawa tu..hehe.. x sangka..

sepanjang HN bawa motor itu, HN tak lepas bibir ini doa agar tiada kereta di belakang HN dan agar Allah mempermudah perjalanan HN..alahamdulillah.. terima kasih Allah.

Wednesday, 23 November 2011

selamat hari lahir buat kalian berdua

Assalamualaikum...

apa khabar semua pengunjung blog dan follower HN??

Diharapkan semua sihat ya..

entry kali ringkas je..

HN nak wish 
"HAPPY BIRTHDAY"

to both of you (24th nov)

my younger sister,finas and my beloved roomate,cik nur

this cake for u...(only pic)


ucapan:
semoga adik dan roomate,sentiasa di lindungi Allah..
to adik--> semoga dapat jawab soalan SPM dgn jayanya dan semoga dapat keputusan yang cemerlang..
to roomate--> semoga anda istiqamah dalam mencari indahnya iman dalam islam..


sebenarnya,HN tak perasan pun befday adik dan roomate sama...hehe..tapi alhamdulillah, Allah beri peluang pada saya tuk wish kepada kedua-duanya..

Monday, 31 October 2011

Tak Lupa dah

Bismillahirahmannirahim..
Assalamualaikum...

entry kali ni ringkas saja berkisar dengan Hari Lahir Kakak pertama saya..

Alhamdulillah,HN dah tak lupa dah nak wish befday kakak HN..dengan ulang tahun nya ini, HN berdoa sgt2 agar, bayi yang dikandungnya selamat dilahirkan ke dunia dengan kesempurnaan sifat manusia...InsyaAllah..rasa tak sabar nak menanti detik bergelar IBU SAUDARA kali ke-5...

bulan 12 atau disember,...insyaAllah hadir seorang lagi penyeri keluarga MD NORIN (ayah HN)
baby..CIk Da kat sini...senyum...huhu..

comel nya...
Dan doa HN tuk kakak Hn adalah semoga dengan kelahiran anaknya yang ke-3 ni adalah sebagai satu langkah perubahan atau penghijrahan amalan dan kesedaran dalam diri nya... berkaitan ISLAM itu mudah dan sangat INDAH dalam mempraktikkan dalam kehidupan seharian..InsyaAllah...


Semoga Allah kabulkan doa2 HN kepada anak buah HN dan kakak HN...

cakap soal anak ni...terfikir juga,bila kah waktunya HN akan menimang anak sendiri..asyik pegang dan jaga anak buah aja..INSYAALLAH..jodoh ditangan Allah...akan sampai waktunya tika HN sudah bersedia masuk ke alam rumah tangga nanti..

Monday, 17 October 2011

video doa dan munajat

Assalamualaikum...
Apa khabar semua sahabat yang menjadi follower serta mereka yang datang menziarah blog HN ni. entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan satu video yang sangat menyentuh jiwa mereka yang mendengarnya. kita manusia tidak pernah dapat lari daripada melakukan kesalahan dan juga kesilapan.

jika kita benar-benar mendengar dengan mata hati kita, mengalirlah butiran airmata kita.insyaAllah..buat anda yang menjadai penyokong

Tuesday, 11 October 2011

macam mana lah boleh lupa...

Assalamualaikum...

setelah sebulan HN tak tulis entry dalam blog ni..
hari ni nk tulis sikit.

11.10.11 
merupakan ulang tahun kakak ke-2 HN yang ke-29. tp HN tak teringat langsung.
Alhamdulillah, hari ni, Allah beri peluang pd HN pergi rumahnya
walau tak sambut besar2
tapi dapat juga hadiahkan dia sepotong kek coklat 
pada dia.


kisah nya camni...

HN datang rumahnya saja ja, nak tengok barang yang HN tinggalkan di rumahnya,
dan dia juga minta tolong pada HN untuk buatkan resume,
katanya dia ada temuduga harini (rabu)
Dalam sibuk tolong dia buat resume tu, ada lah tulis tentang tarikh lahir
HN masih tak perasan pun yang tarikh lahirnya itu adalah hari ni,
sehinggalah dia kata
"tak nk wish ke?"
HN pun tanya "wish apa?"
"hari ini befday aku lah, kak long orang pertama wish kat aku tau"
"Ya Allah, aku lupa lah..sori"

Serius HN lupa. macam mana lah boleh lupa befday kakak sendiri.. 
befday kawan boleh pulak teringat..

pengajarannya, tolong ingat befday adik beradik kita sendiri lebih daripada orang lain

next befday adalah kak long sy..
25.10.11
diharap sangat HN tak lupa..

Sunday, 11 September 2011

tibalah saat kita dalam suatu jalan perjuangan

Assalamualaikum pada kawan semua..

walau tak ramai yang view saya punya blog, namun saya masih ingin 
mengucapkan terima kasih pada kalian yang sudi berkunjung ke blog saya
sedikit ilmu saya perkongsikan tuk anda..

dalam entry kali ini,

saya cuma nak ucapkan selamat datang kepada pelajar baru UM
dan juga pelajar lama UM..

sama2lah kita teruskan perjuangan kita dalam pembelajarannya..

Saturday, 13 August 2011

puasa kita sempurnakah

Assalamualaikum...

kepada sahabat sekalian, saya ingin berkongsi sedikit tentang ramdhan ni. Pada terawih yang lepas, ada sedikit tazkirah diberikan oleh ustaz. Beliau membawa tajuk, sempurnakah puasa kita???

antara point yang dikongsikan dalam tazkirah tu adalah:
1. Niat puasa penting.kalo x niat,x dikira puasa tu.buat penat je puasa..dapat lapar dan dahaga je, pahal pun terbang melayang.jd sy nk kongsi pembacaan niat dalam nyanyian.ia sesuailah tuk anak2 kecil yang baru mula berpuasa ataupun org dewasa y dah lupa nk baca niat tu. ia nyanyian raihan,dengarlah ek..
http://www.youtube.com/watch?v=7FxkqDBYrIA&feature=related

2.kita dikehendaki melakukan perkara di bawah:
  1. menjaga ukhuwah
  2. Tidak mengumpat sesama muslimin, ustaz juga ada beri petua mcm mana nak elakkan diri kita dan kwn2 kita mengumpat.
 ----> nmpk sj kwn2 kita berborak dan nak mula mengumpat kita sebut Al-Fatihah..insyaALLAH kwn kita yg muslim ini akan baca al-fatihah..tp kalo dia mula nk mengumpat lagi,sebutlah kalimah La Illaha Illah...sampai 3 kali,insyaALLAH malaikat dtg tutup mulut mrk yg mngumpat tu.. (leh cuba)
  3.tidak bersifat sombong dengan ALLAH
  4.tidak menunjukkan akn ibadah kita buat pd org lain
  5.tidak menunjuk-nunjuk akn bj dan brg2 y kita ada
  6.tidak tabbur
  7.tidak Riak = tabbur + sombong + menunjuk

3.buat suami isteri kalo keluar membeli belah, berpegang tanganlah,kerana ia akn menggugurkn dosa. tapi kalo bukan suami isteri,bukan gugurkan,malah mengutip dosa2 adalah.jadi baik jangan keluar dengan org yang bukan muhrim kita.

sama-samalah kita beramal dengan akidah islam ya kawan2...
ini sahaja perkongsian kali ini...

Wednesday, 10 August 2011

Ku ingatkan Sekuntum, rupanya Sepasu

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang menggamit memori dah macam lagu radio stesen klasik nasional pulak..hahaha... Nak kata cerita cinta bukan nak kata cerita kelakar pun bukan tapi ada kedua-duanya lah.. bacalah kawan-kawan.

Cerita bermula begini.

Pada suatu petang, Nisa dan Rubi baru saja selesai menunaikan solat asar. mereka mengambil keputusan tuk bersiar-siar di taman permainan bersebelahan rumah mereka. Taman permainan tu  yang sememangnya menjadi tumpuan kanak-kanak bermain di waktu petang begini. Mereka berdua suka berkongsi cerita tentang diri masing-masing. 

Hari ini,Rubi nak bercerita:

"Nisa,aku ada cerita nak cerita pada kau."
"Cerita apa itu?"
"Camni, aritu masa hari jadi aku yang lepas aku ada dapat hadiah tau."
"Hadiah??Tak bagitau aku pun."

"Aku nak bagitau kau la ni.Camni, kawan baik aku ada tanya kat aku, banyak-banyak bunga kat dunia ni, Rubi suka bunga apa? Aku pun jawab, bunga ros, Kenapa? dia kata tak ada apa-apa pun. Aku pun biar jela."

"Tapi yang terkejut tu selepas seminggu befday aku,ada orang datang ofis aku, anta bunga, sekuntum bunga ros,nama orang tu sama pula macam aku. AKu pun excited la, Aku ingat tu untuk aku,aku pun amik bunga tu dan nak bawa atas meja aku.tapi tetiba je ada orang panggil nama aku,budak yang aku pnggil tu aku tak berapa nak kenallah."

"Lepas tu?apa terjadi?"
"Budak itu tanya aku,'mana cik dapat bunga ini?' "
"aku dengan muka selamba menjawab,'tadi ada budak kedai bunga hantar pada saya.Ada apa ya encik?' "

"Dia pun jawab,saya rasa dia dah tersilap orang. bunga ini bukan cik punya, tapi teman wanita saya punya.namanya rubini.'aku pun apalagi terkejut hampir nak tersungkur pun ada tau"

"La,pastu??ceritalah cepat."
"Aku pun apalagidengan rasa malu,aku bagi bunga tu kat budak tu dan minta maaf pastu jalan laju gaya berlari.haha..malunya rasa."
"Hahaha..memang kelakar la wei..kalo aku pun, aku malu."

"Cian aku kan.tapi seminggu lepas tu,aku terkejut lagi sekali bila tengok atas meja aku ada sepasu bunga ros yang bunganya kembang-kembang belaka.Ya Allah,aku terperanjat,tapi aku tak beranilah nak sentuh bunga tu,takut-takut tersalah letak ke apa ke. aku biar je kat tepi meja aku,Tapi tetiba je fon aku berdering."

"Sapa pulak yang telepon kau?"
"Kawan baik aku"
"Dia cakap apa?"

"Dia tanya aku, dah dapat ke bunga ros sepasu?aku pun jawablah ada.sekali dia kata baguslah,takut-takut saya tersalah meja orang tadi"
"Cantik sungguh bunga dalam pasu tu...aku suka sangat"

"Wau,kiranya dia lah yang bagi bunga ros sepasu pada kau?"
"Yup"
"Wau,beruntunglah badan,tak dapat bunga ros sekuntum,tapi dapat sepasu"

macam tulah ceritanya.Okay tak ceritanya?
cerita ini saya reka sendiri.saja je nak reka-reka sebab ada la minat nak menulis ni.Cuba-cuba je.kalo sudi baca dan komen ya.Saya budak baru belajar.

Sunday, 7 August 2011

ISLAM ITU INDAH...namun masih ada yang BUTA tentang ISLAM

Assalamualaikum...


Alhamdulillah hari ini genap sudah 7 hari kita puasa pada tahun ini,1432H... Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan al-Mubarak ini buat teman-teman dan sahabat saya..
Saya suka untuk mengingatkan diri saya dan juga sahabat sekalian agar kita sama-sama merebut bulan ini dengan menjalankan dan memperbanyakkanlah ibadah sunat dan tidak meninggalkan amalan wajib.


Entry kali ini saya ingin menyebutkan tentang masalah remaja,dewasa dan kanak-kanak yang beragama Islam. Hari demi hari masalah sosial kian menjadi-jadi dalam kalangan umat Islam kita pada hari ini, tidak kira yang berbangsa melayu mahupun bukan.Tapi yang saya sedihkan adalah masalah ini berlaku dalam kalangan umat Islam yang berbangsa Melayu dan yang dilahirkan dalam keluarga Islam.


Saya juga adalah dalam kategori itu, saya sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam dan telah menjadikan  menTAUHIDKAN ALLAH...kita sememangnya perlu BERSYUKUR apabila kita dilahirkan dalam keluarga Islam.


 Dan ketahuilah bahawa semua bayi yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai fitrah yang sama iaitu ISLAM.Beruntunglah kita yang dilahirkan dalam keluarga yang berpegang pada agama ALLAH(ISLAM) setelah kita dilahirkan.


Masalah yang menimpa umat ISLAM kini adalah kerana minda kita semua telah dijajah oleh anasir dan pemikiran barat walaupun kita hidup dalam negara yang merdeka. 


Sepanjang seminggu saya berpuasa ini, banyak perkara/masalah yang berlaku dalam masayarakat Islam kini. Ada yang berpuasa tapi tak solat dan tak menutup aurat. Ada yang tak puasa tapi selamba saja merokok dan makan dan minum dihadapan orang lain...masyaAllah..Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang ini? tak takutkah mereka pada ALLAH?.


Bagaimanakah ini boleh berlaku????Apakah sebabnya???kita akan bincang pada entry yang akan datang...saya akan terangkan tentang serba sedikit sebab kenapa mereka jadi begini.

Thursday, 4 August 2011

Sekuntum Kata Aluan Suatu Permulaan

Assalamualaikum w.b.t .....


Kata Aluan daripada penulis baru dalam blog ini. Lama sudah menyimpan hasrat untuk menulis blog ini.Alhamdulillah dengan izin ALLAH dapat jua saya menulis blog ini.


Tujuan menulis blog ini adalah untuk berkongsi ILMU yang berMANFAAT kepada sesapa yang mahu menjadi yang terbaik buat dirinya...INSYALLAH...


"Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan,
 saya budak baru belajar,mana yang salah tolong ajarkan"