Assalamualaikum buat sahabat semua.. Harin HN akan menulis sebuah entry berbentuk puisi doa buat saudara se-Islam kita yang ditindas di Mesir..
Doa untuk mu Mesir
Setelah sekian lama pendusta memerintah,
Kini,
Daripada demokrasi pilihan raya
Dr Morsi asalnya Ikhwanul Muslimin
Dipilih majoriti oleh rakyatnya
Sedikit demi sedikit perubahan terlaksana
Terutama "melaksanakan ajaran Islam dalam setiap urusan"
Kemajuan baru dirancang
Namun,
kegagalan memimpin yang dicanang
Setelah Palestein, dan Syria
Kini Mesir pula..
Tumpahan darah, timbunan jenazah
jeritan dan tangisan memenuhi setiap sudut
Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar..
Bantulah hamba-hambaMU di bumi-bumi Anbiya'MU
Bantulah mereka sepertimana Engkau bantu
HambaMu terdahulu
Terlalu sayu dan pedih hati ini melihat
Lebih-lebih lagi yang merasakan
Engkau angkatlah martabat para syuhada' di sana
Moga ganjaran pahala syahid yang mereka bawa
Ya Allah.. Engkau kuatkan hati-hati para syuhada'
berikan mereka bantuan yang tidak disangka-sangka
Lindungilah mereka daripada terus teraniaya
Hentikanlah titisan darah mereka
Daripada terus mengalir
Kembalikanlah Mesir ke sediakala
Moga bertambah barokah Ilmuan disana
Walau aku bukan yang terpilih di sana
Untuk syahid..
Aku rela menjadi pejuang DOA jauh di sini
Moga doa-doa kami akan Engkau angkat
Akan Engkau makbulkan
Kerana ianya adalah untuk mereka
Untuk kamu.. ya syuhada'
Puisi ini mengganti diri yang hina menerbangkan doa nun untuk syuhada'.. Sesungguhnya Allah itu akan selalu bersama dengan kamu.. lagi-lagi jalan-jalan jihad kerana Allah.. kerana agama Allah---Islam..
*Jika ada yang salah, mohon tegur, jika tidak elok bahasanya,, mohon memahamilah bahasanya*
Setiap memori yang memberi seribu makna pada diri ini akan sentiasa tersemat dalam diri ini... Setiap ILMU bermanfaat akan ku sebarkan dan perkongsikan buat pembaca...
Monday, 19 August 2013
Sunday, 11 August 2013
Salam Lebaran dari HN
Assalamualaikum.. buat sahabat semua.. terima kasih kerana masih sudi visit blog HN ni.. malu juga kerana lama sudah tidak menulis di blog ni.. kehidupan kini terasa sibuk sedikit.. kerja yang agak banyak menyukarkan dan membuat HN lupa nk update blog ni..
Di kesempatan ni,, HN nak buat dedikasi Salam Lebaran (Eid Mubarak) buat sahabat muslim sekalian.. Tak terlambat lagi kan.. hehe..
HN menyusun 10 jari tak campur kaki.. hehe memohon maaf kepada sahabat yang mengenali diri HN ni diluar alam maya ni..
Selamat melayan lagu raya ni ye.. ni antara lagu favourite HN..
Di kesempatan ni,, HN nak buat dedikasi Salam Lebaran (Eid Mubarak) buat sahabat muslim sekalian.. Tak terlambat lagi kan.. hehe..
HN menyusun 10 jari tak campur kaki.. hehe memohon maaf kepada sahabat yang mengenali diri HN ni diluar alam maya ni..
Selamat melayan lagu raya ni ye.. ni antara lagu favourite HN..
Subscribe to:
Posts (Atom)