Bertunang itu pra-ikatan sah
Namun ia bukan lesen L,,,
Untuk:
berduaan tanpa ada mahram yang menemani + ditempat yang sunyi |
bermotoran berdua kemana-mana |
Bertunang itu diberi istilah oleh masyarakat kita sebagai suatu ikatan sementara antara lelaki dan perempuan sebelum ke ikatan yang sah iaitu penikahan..
Namun, masyarakat kita kini menjadikan bertunang sebagai budaya dan sehingga membuat majlis besar-besaran seperti majlis perkahwinan/pernikahan. Sehingga ada yang melakukan pembaziran.
Dalam konteks Islam, pertunangan adalah perbincangan dan persetujuan kedua pihak untuk melakukan majlis pernikahan untuk pasangan yang dijodohkan. Ianya perlu dirahsiakan. Dan kedua-dua pasangan perlu menjaga batas-batas ketika dalam ikatan pertunangan. Majlis haruslah sederhana atau kecil-kecilan.
Batas pertunangan:
1. Berhubung atas tujuan/urusan penting. Bermesej yang penting dan bukan yang mendekatkan dengan zina.
2. Panggilan terhadap pasangan adalah yang formal bukan yang romantik seperti : sayang-abang, hunny-hubby, darling-dear... Seeloknya elakkan kerana, ia tidak manis dipandang orang dan juga ia akan kurang kemanisan ketika pernikahan kerana dah biasa. dah nikah,, panggil yang lebih manja pun boleh..
3. Bergambar bersama yang mahram bukan berdua ketika majlis. Ia boleh mendatangkan fitnah ke atas keduanya.
4. Berjumpa hanya untuk hal yang penting dan bersama yang mahram. Semanisnya berjumpa tidaklah kerap..kerana ia boleh jadi fitnah ke atas keduanya.
5. Sembunyikan gambar majlis pertunangan itu.. Ia adalah untuk menjadikan ia suatu rahsia.. Ia bagus, jika pertunangan itu terpaksa diputuskan atas sebab yang munasabah. (tak lah malukan bila tak jadi)
6. Pertunangan tidak dalam jangka yang lama..agar ia boleh memgurangkan fitnah menangkap/menghinggap keduanya (perkara tak baik berlaku nanti..)
7.Sembunyikan status anda.. Dalam Islam tiada istilah bertunang. Sembunyikan status anda daripada orang lain juga tidak di FB, di tweeter atau di mana-mana pun.
Kini,, masyarakat kita menganggap ia sebagai lesen L untuk melakukan perkara tidak baik dengan alasan kami dah bertunang.. Allahuakhbar... ketahuilah anda,, selagi mana lafaz sakinah/akad belum terlafaz oleh pasangan (lelaki) atas nama kita, tiada istilah dia untuk anda.. tiada juga istilah kami sudah ada lesen L..
Semoga anda yang pernah melakukan perkara tidak baik ketika waktu bertunang,, mohon ampunlah pada ALLAH.. atau yang masih dalam fasa bertunang,, jagalah ikhtilat anda.. atau anda yang sedang bercinta.. jagalah ikhlat dan berubah untuk tidak bercinta sebelum bernikah..
Syaitan suka kita buat dosa..
Fahamilah Islam itu untuk kehidupan kita seharian..