Assalamualaikum...
sekisah cerita pautan pengajaran..
kehidupan barat merubah asia
haramnya air jadikan halal
gaulan maksiat tiada beda
hiburan melampau jadi kemudi
hadirnya nur ain
"cahaya mata"
sebagai
takdir Allah tentukan jalan hidup
membuka lambayung
sinar baru kehidupan
betul kata 'nur ain'
"kita akan rasa bahagia bila mana kita berubah ke arah kebaikan"
Doa si anak
membawa kisah baru
buat si ibu si ayah
walau sakit dilibas
namun hati nurani
terdidik islam
maaf diberi kasih sayang diminta
kerinduan terbalas
hadirnya
merubah si ibu si ayah
"kadang-kadang Allah hilangkan MATAHARI,
lalu Allah hadirkan GURUH & PETIR,
kita MENANGIS mencari MATAHARI,
namun rupanya
ALLAH nak beri PELANGI"
kata-kata yang HN kongsikan adalah daripada sebuah cerita yang ditayangkan di televisyen tempatan yang mana membawa makna besar, semoga kita memperoleh bahagia yang halal buat kita.insyaAllah.
Daripada penceritaan ini, pendapat HN tak sepatutnya DRAMA MELAYU ada konsep atau ada style atau identiti DRAMA BARAT..(fikir-fikirlah sendiri) sehingga meluput budaya ISLAM KEMELAYUAN.
kadang kala,penerbit mahupun penulis skrip mahupun pengarah mahupun pelakon, terlalu mengikut pasaran perfileman.. HN menganggapkan institusi perfileman kita kini terlalu memikirkan KEUNTUNGAN semata daripada nilai ISLAM dalam kehidupan orang MELAYU..
Allahu'alam.
~perbaiki diri,peroleh bahagia~
sejarum benang