Thursday, 6 June 2013

Debaran menunggu....ANGKASA....

Salam.. sahabat semua.. maaf andai lama sangat tak update blog ni, ini kerana ada banyak benda yang penting nak diselesaikan...

okaylah, kita berbalik kepada tajuk entry kali ini "debaran menunggu...ANGKASA.." apakah itu??

Cuba jangan nak buat andai okay, HN bagitahu lah, baru hari ini HN dapat berita yang HN dah diterima permohonan untuk Latihan Industri di ANGKASA.. alhamdulillah... terima kasih Allah.. sesungguhnya kau mudahkan urusan ku walaupun kau timpakan aku dengan ujian..

sapa tahu angkasa tu apa?? planet ke?? Erm.. tak lah.. Angkasa itu adalah Agensi Pusat Angkasa Negara.. alhamdulillah.. puasa tahun ini dapat merasa menjejak kaki kat menara cerap.. ala menara yang orang guna untuk tengok anak bulan nak puasa dan hari raya nanti tu..  walau tak dapat tengok anak bulan tu, dapat tengok menara pun dah kira ok dah.. huh..

Seronok sekali hari ini.. baiklah sahabat.. Doakan HN berjaya menjalani Latihan Industri di ANGKASA nanti.. see u.. daa..



Tuesday, 4 June 2013

Exam dan istikharah

salam.. sahabat semua. hari ini HN mahu meneruskan penulisan semalam.. ISTIKHARAH..

Istikharah ini penting bagi setiap muslim, sebab ia salah satu cara kita berkomunikasi dengan Allah terus untuk memilih suatu keputusan. tidak kira keputusan yang mudah mahupun yang sukar. Allah akan memudahkan kita membuat keputusan dengan memberi link terus kepada kita melalui pelbagai cara; antaranya; gerakan hati, mimpi dsbg.  begitu juga dengan exam.

Semua tahu, exam kita ini bukanlah berbentuk multiple question tapi kebanyakan nya subjektif dan esei.. Secara logik kenapa nak buat istikharah pula kalau subjektif??

jawapan mudah: untuk mengeluarkan atau memberi jawapan yang terbaik. bukan jawapan yang konfius.

okay, faham tak semua??

Dengan erti kata lain, beristikharahlah dengan semu perkara yang kita akan lakukan dengan doa paling mudah adalah semoga apa yang kita lakukan ini adalah yang terbaik untuk diri kita (utama) dan orang lain.

selamat beramal..

Monday, 3 June 2013

Istikharah itu indah

Assalamualaikum... kepada sahabat blogger semua... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memberi 2 nikmat terbesar kepada kita.. nikmat Islam dan Iman. Nikmat roh yang pulang ke jasad setelah "mati" sementara kita di waktu malam. Alhamdulillah Ya Allah.. peneraju sekalian alam..

selain ucap syukur.. kita disunatkan untuk melakukan sujud syukur.. tanda syukur kita kepadaNya..

InsyaAllah... entry kali ini HN akan berkongsi sedikit rahsia tentang istikharah atau dikenali dalam kalangan pemuda "solat cari jodoh".. kenapa HN berkata seperti itu???

Ini kerana, ramai diantara kita(termasuk HN..hehe..) melakukan solat istikharah itu atas beberapa tujuan.. terutamanya.. soal jodoh..

Bila timbul tanda tanya "tentang jodoh",, "pilihan dalam memilih jodoh"," Adakah dia jodoh aku,, mak dan ayah tak suka dengannya,tapi aku suka kat dia.. macam mana ni??" dsbg

Persoalan itulah yang sering kali membawa pemuda pemudi kita bertemu Allah dalam solat istikharahnya.. Bukan HN nak kata salah, tapi kurang menyeluruh makna, dan fungsi solat istikharah itu..

Istikharah itu solat penunjuk atau bahasa mudahnya solat memohon pertolongan Allah dalam setiap keputusan.

Solat Sunat Istikharah ini terlalu besar peranannya dan fungsinya. Dengan erti kata yang lain, jika kita punya banyak perkara yang perlu diputuskan, atau punya banyak pilihan atau menempuh pelbagai cabaran atau ujian; Solat Istikharah adalah salah satu solat yang harus kita lakukan selepas solat sunat taubat, hajat dan sunat yang lain.

Ustaz HN sering kali mengajar kami, membuat perkara(solat sunat atau apa2 saja) jangan hanya niat mendapat pahala,, tapi niat yang paling betul adalah "NIAT KERANA ALLAH". Jika tidak kita buat sesuatu dengan niat kerana Allah, kemungkinan tiada pahala bersama dengan kita.

Allahu'allam..

Sunday, 24 March 2013

sudah cukup cukup sudah

Assalamualaikum... sahabat HN sekalian.. lama sudah tidakn bersua.. terasa rindu buat kalian. entry kali ini agak menarik.. sebelum HN ulas lebih lanjut.. silalah dengar lagu ni..

                                                                                  cukup cukup sudah-nirwana band

Terima kasih kerana melayan lagu ni.. saja memberi mood baru sebelum pembacaan.. pasti ada yang ter'touching' dengar lagu ni kan.. lagi2 ladies yang dengar.. kalo tak suka tak apa.. tak yah dengar ye.. hehe..tapi kene baca cerita yang HN nak ceritakan.

Sewaktu, HN menghadiri kelas memandu baru-baru ini.. seorang cikgu kat sana ada mencerita satu cerita tentang studentnya:: lebih kurang ceritanya.


cikgu: hari ini cikgu bawa kamu ke laluan litar jalan raya.
jejaka A: okay.

*sepanjang perjalanan,jejaka A fokus akan pemanduannya.. cikgu pun rasa boring.. lalu dia buka radio.. berkumandanglah lagu *sudah cukup cukup sudah* pada mulanya, jejak A ni steady je..relaks lah pada awal lagu..tapi tiba di chorus lagu:

##Teganya kau menari di atas tangisanku
kau permainkan ku sesuka hatimu

 sudah cukup cukup sudah..
cukup sampai di sini saja
daripada batin ku terseksa
lebih baik ku pergi saja..##

jejaka A: issh..sskk.. (sambil kesat air mata)
cikgu: erm.,... (sambil pandang jejaka A)

*makin deras pulak air matanya.. lalu..

cikgu: A.. awk beri signal ke kiri.. dan berhenti.. kita rehat sebentar.
jejaka A: diam..dan ikut arahan cikgunya..
cikgu: cikgu mahu tanya boleh???
jejaka A: boleh (mengangguk je,, mata tetap mengalir air matanya)
cikgu: kenapa awak menangis???
jejaka A: lagu ni sedih (bertambah menangis... hua... hua..)
cikgu: erm..kenapa sedih?? saya rasa biasa je..
jejak A: saya dengar lagu ni..terus saya teringat ex-girlfriend saya.. saya baru saja clash dengan dia semalam.. saya terinbgat pada dia tiba-tiba.. saya sayang sangat girlfriend saya tu.
cikgu: oh macam tu.. awak sabar ye.. relaks2 je..
jejaka A; saya tak boleh.. (menangis dan terus menangis.)

* sampaikan cikgu tak tahu nak buat apa.. cikgunya biar hingga dia rasa reda daripada tangisannya.

dalam hati cikgunya::: la touching rupanya budak ni.. tak padan dengan badan sasa..berketul--sana , berketui sini.. tapi rupanya lembut hatinya..jiwang pulak tu... kiranya,.. dalam hati budak ada taman.. haha.. nak gelak nampak macam jahat..tak gelak,,,dada saya sakit menahan gelak.. tak tahu nak buat apa, gelak cikit2 je la.. haha... kelakar juga budak ni..

begitu lah ceritanya..pengajarannya ialah.. jangan sekali-kali pandang remeh akan diri seorang.. dan jangan sesekali melabel diri seseorang sebelum kenal dirinya dengan jelas...
bak kata pepatah orang putih,, "Don't jugde the book by it's cover"





Wednesday, 2 January 2013

Bertunang itu bukan lesen L

Assalamualaikum buat semua sahabat HN... Arini HN nak berkongsi tentang "Bertunang itu bukan lesen L"

Bertunang itu pra-ikatan sah

Namun ia bukan lesen L,,,
Untuk:
berduaan tanpa ada mahram yang menemani
+
ditempat yang sunyi

bermotoran berdua kemana-mana



Bertunang itu diberi istilah oleh masyarakat kita sebagai suatu ikatan sementara antara lelaki dan perempuan sebelum ke ikatan yang sah iaitu penikahan..

Namun, masyarakat kita kini menjadikan bertunang sebagai budaya dan sehingga membuat majlis besar-besaran seperti majlis perkahwinan/pernikahan. Sehingga ada yang melakukan pembaziran.

Dalam konteks Islam, pertunangan adalah perbincangan dan persetujuan kedua pihak untuk melakukan majlis pernikahan untuk pasangan yang dijodohkan. Ianya perlu dirahsiakan. Dan kedua-dua pasangan perlu menjaga batas-batas ketika dalam ikatan pertunangan. Majlis haruslah sederhana atau kecil-kecilan.

Batas pertunangan:
1. Berhubung atas tujuan/urusan penting. Bermesej yang penting dan bukan yang mendekatkan dengan zina.

2. Panggilan terhadap pasangan adalah yang formal bukan yang romantik seperti : sayang-abang, hunny-hubby, darling-dear... Seeloknya elakkan kerana, ia tidak manis dipandang orang dan juga ia akan kurang kemanisan ketika pernikahan kerana dah biasa. dah nikah,, panggil yang lebih manja pun boleh..

3. Bergambar bersama yang mahram bukan berdua ketika majlis. Ia boleh mendatangkan fitnah ke atas keduanya.

4. Berjumpa hanya untuk hal yang penting dan bersama yang mahram. Semanisnya berjumpa tidaklah kerap..kerana ia boleh jadi fitnah ke atas keduanya.

5. Sembunyikan gambar majlis pertunangan itu.. Ia adalah untuk menjadikan ia suatu rahsia.. Ia bagus, jika pertunangan itu terpaksa diputuskan atas sebab yang munasabah. (tak lah malukan bila tak jadi)

6. Pertunangan tidak dalam jangka yang lama..agar ia boleh memgurangkan fitnah menangkap/menghinggap keduanya (perkara tak baik berlaku nanti..)

7.Sembunyikan status anda.. Dalam Islam tiada istilah bertunang. Sembunyikan status anda daripada orang lain juga tidak di FB, di tweeter atau di mana-mana pun.

Kini,, masyarakat kita menganggap ia sebagai lesen L untuk melakukan perkara tidak baik dengan alasan kami dah bertunang.. Allahuakhbar... ketahuilah anda,, selagi mana lafaz sakinah/akad belum terlafaz oleh pasangan (lelaki) atas nama kita, tiada istilah dia untuk anda.. tiada juga istilah kami sudah ada lesen L..

Semoga anda yang pernah melakukan perkara tidak baik ketika waktu bertunang,, mohon ampunlah pada ALLAH.. atau yang masih dalam fasa bertunang,, jagalah ikhtilat anda.. atau anda yang sedang bercinta.. jagalah ikhlat dan berubah untuk tidak bercinta sebelum bernikah..

Syaitan suka kita buat dosa..

Fahamilah Islam itu untuk kehidupan kita seharian..

Sunday, 30 December 2012

over confident-- Ada ke???31 februari??

Assalamualaikum semua sahabat... Hari ni HN nak berkongsi sedikit cerita kelakar.. tentang ADA KE???

Begini ceritanya::

seorang supervisor bertanya kepada seorang pekerja tentang tarikh bercuti..

supervisor:: afiq, hang cuti berapa lama??
afiq:: sebulan bang..
supervisor:: sebulan tu, tarikhnya bila??
afiq:: 31/2 bang... napa?? (gaya confident)
supervisor:: 31/2?????? (pening lalat kejap)
afiq:: ye,, 31 february..
supervisor:: hang ni biaq betui.. mana ada 31 februari.. dah 30 tahun aku hidup kat dunia ni.. x penah dengaq pun 31 february ni??
afiq:: ha?? pe saya cakap tadi??? 31 februari ?? Ya Allah.. abang.. maaf naa.. tersalah pulak.. hehe (gaya malu.. merah padam muka..)
supervisor:: hahaha... hang ni lawak la.. ada ka???
afiq:: abang.. sori.. hehe.. malunya aku...

si afiq ni pun dengan malunya... gelak sendiri.. tersasul je.. kesian dia... tetiba afiq membuat intercom ke supervisornya..

afiq:: hello,, abang..
supervisor:: ye 31 februari... ada pe??? haha
afiq::  eee.. abang ni... teruklah..
supervisor:: haha.. ada ka... hahaa...

pengajarann cerita ini.. setiap apa yang kita nak cakap kita kene fikir dan susun elok-elok dan jangan terlalu ""OVER CONFIDENT"" ..

--semoga ada kebaikan yang boleh dikongsi--

Sunday, 16 December 2012

Fadhilat berjemaah & rahsia rukun solat

Assalamualaikum..sahabat blogger semua.. lama sudah HN tidak menulis sesuatu pengisian dalam blog kesayangan HN ini.  Hari ini Alhamdulillah dengan kekuatan yang ada dan keizinan yang Allah beri.. HN ingin berkongsi sesuatu. kebanyakan kita mengerti dan mengetahui tentangnya.. Namun ramai juga yang masih leka dan meninggalkannya..

Fadhilat mengerjakan Solat berjemaah dan Rahsia rukun solat







Wednesday, 24 October 2012

salam aidiladha..

Assalamualaikum semua sahabat blog.. maaf andai lama tak update blog ni... sibuk dengan kerja-kerja seharian..

Hari ini permulaan sebelum masuknya tahun baru muharram.. 9 zulhijjah... sunat berpuasa pada hari ini..

Terdapat dalam suatu hadis:

Sabda Rasulullah s.a.w :
صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً
Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

Alhamdulillah..HN dapat berpuasa sunat.. Esok 10 Zulhijjah..raya korban dah... sebelum nak balik ni, HN nak ucapkan selamat hari raya  aidiladha kpd semua rakan blog semua..


Selamat berhari raya semua..yang memandu berhati-hati..yang naik dengan bas pesan dengan driver bawa hati-hati.. Di jalan raya perlu bersopan dan bersabar.. kita (muslim) kan diajar dalam Islam agar sentiasa bersabar walau dalam apa jua keadaan..

Dalam mood gembira berhari raya aidiladha atau kampung HN panggil  "raya haji".... Teringat Arwah mak HN..dia teringin nak pergi buat haji..namun..Allah terlalu sayangkan dia... Allah jemput dia terlalu awal bagi HN.. Dalam keadaan tidak mudah menerima, HN cuba tabahkan diri juga..moga Allah merahmatinya di sana..

InsyaAllah..walau mak tak dapat pergi... HN akan cuba penuhinya.. akan buat upah haji tuk mak.. Abah yang masih sihat..HN doa sangat-sangat.. agar abah terus sihat.. HN nak sangat pergi haji dengan abah.. abah doakan HN berjaya dalam kerjaya dan HN nak sangat tunaikan hajat abah nak pergi haji.. macam mak..

Allah permudahkan setiap langkah niat dan perancangan HN ni.. rindu sangat kat mak dan abah... (menitis air mata)

Wednesday, 22 August 2012

Tak salah wanita menyanyi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman blogger...

HN kesibukan sikit di hari lebaran ini... Maklumlah, ramai tetamu datang ke rumah. Tak meang tangan dibuatnya... Namun, ia masih tidak semeriah lebaran tahuan sebelumnya.. sebelum 6 tahun dulu..  Sewaktu mak masih ada...

Tak apa.. insyaAllah, HN bermohon agar lebaran akan datang membuat kan semeriah dan sehebat tahun-tahhun lalu...

Baiklah..HN nak membincangkan tentang salah satu isu berkaitan dengan wanita...

Anda suka menyanyi???jom kita selongkar isu menyanyi..


Kita selalu dengar suara perempuan itu aurat... Wanita tak boleh menyanyi, menjerit, dan seangkatan dengannya..
-Kalau betul lah mengapa Allah kurniakan suara kepada wanita..sedangkan kita tahu, cipataan Allah itu tiada yang sia-sia.
-Mesti ada sebab Allah mengurniaka suara kepada wanita dan mengapa Allah tidak membenarkan wanita itu untuk melembutkan suaranya.

Maka suara wanita itu akan menjadi aurat dalam beberapa keadaan:
1. Apabila dilagukan
2. Apabila dilenggukkan
3. Apabila dilembutkan dan dimanjakan

Ketiga-tiga keadaan ini akan menyebabkan suara wanita itu menjadi aurat apabila adanya lelaki yang bukan mahramnya mendengar dan boleh menaikan nafsu syahwat lelaki tersebut sehingga menyebabkan penyakit hati dalam dirinya.

Namun, jika suara wanita itu dilagukan,dimanjakan, dilembutkan dan dilenggukkan dalam kalangan wanita.. Ia menjadi hukum Harus... Tak salah wanita itu ingin menyanyi ketika itu.. Tapi yang penting tiada lelaki yang bukan mahram (lelaki ajnabi) ada bersama.

HN akan beri sedikit tips untuk wanita menyanyi:
1. Pastikan tempat anda itu tertutup
2. Pastikan tiada lelaki yang bukan mahram (lelaki ajnabi)
3. Pastikan liriknya bermakna dan tidak melanggar syariah
   - Pilih lagu yang baik
4. Pastikan suara anda tidak didengari oleh orang lain melaikan orang yang ada bersama dengan anda..
dll.

Sedikit pesanan buat semua... anda juga bole menyanyi dan juga bole menjerit tapi ingat... niat anda itu ya...

Saturday, 18 August 2012

1 syawal tiba

Assalamualaikum... dan salam sejahtera buat sahabat blogger sekalian...

Maaf kerana terlalu lama tak update entry... banyak urusan yang nak diuruskan...dalam masa bulan ramadhan ni,...

di kesempatan ini...HN ingin mengucapkan:


SELAMAT HARI RAYA 

dan ucaplah :-

'تقبل الله منا ومنك'
(TAQABBALALLAHA MINNA WA MINKA)
Maksudnya:
"Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu"

Semoga dengan ucapan baik ini dapat membolehkan kita saling mendoakan...

Ucapan ini diamalkan oleh Salafussoleh...


HN juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan salah silap HN sepanjang menulis ini.. Namun jangan jadikan hari raya ini musim bermaafan... namun,jadikan setiap hari,minit,saat,detik yang ada sebagai waktu bermaafan..


HN juga ingin berkongsi sesuatu tentang sunat2 yang boleh dilakukan pagi2 1 syawal:


Gambar ini merujuk sedikit amalan sunat yang boleh kita amalkan...


Namun HN juga ingin memberi sedikit nasihat dan pesanan:

1. Teruskan lah amalan solat malam yang biasa anda lakukan malam2 bulan Ramadhan
2.Jagalah solat mu.. (jangan biarkan syawal ni bulan maksiat)Allahua'lam
3.Jagalah aurat mu.. 
   -> Tidak bertabbarruj berlebihan bagi wanita (make up,wangian,perhiasan dll)
   -> Tutuplah aurat tapi bukan balut aurat.. (pakai pakaian yang longgar dan tidak jarang)
4. Jagalah akhlak mu..
   -> Bersalamlah dengan mereka yang MAHRAM kita,, MAHRAM itu mereka yang tidak boleh mengahwini kita/dikahwini..
      -> Bersopan dan bersantun kita walau dimana kita berada..
      -> Memohon maaf pada seseorang dengan ikhlas, dan bukan keran Hari Raya
5. Bersedekahlah banyak
    -> Sedekah yang paling mudah, tidak memerlukan duit,bole dibuat di mana-mana,tp bole dapat pahala :
       SENYUM!!!
(baikkan Allah)

Akhir kata...selamat menyambut syawal tahun ini..dan bermohonlah agar kita antara yang dapat bertemu ramadhan dan juga syawal dan bulan yang lain..