Monday, 9 January 2012

IBU.....ucaplah terima kasih ibuku.. i luv u Ibuku

MAK... HN rindu sangat pada mak...



salam alaik buat semua,.. saya  ingin berkongsi dengan sahabat dengan video tentang insan yang sangat bermakna dalam hidup kita ini iaitu: IBU..

HN nak berkongsi tentang bagaimana kita nak hargai Ibu kita:

1.semoga kita semua sentiasa ingat pada ibu kita.. ucapan terima kasih terlalu besar maknanya buat seorng ibu: (Hadiah terhebat) daripada ibu adalah MELAHIRKAN KITA..

"IBU, Terima Kasih kerana memberi hadiah terbesar dan mahal buat kita kerana melahirkan kita,
 I luv U IBU...."

2.Lahirkan kasih sayang kita:

IBU adalah wanita dan wanita sangat tinggi darjatnya...makanya beruntunglah menjadi seorang wanita yang bernama IBU,.. hormat dan sayangi IBU kita sebagaimana kita sayang diri kita sendiri.

Wahai wanita diluar sana sayangi dan ikuti lah segala pesanannya, kerana kita juga bakal menjadi seorg ibu, jika kita baik pada ibu kita, maka anak kita akan baik pada kita kelak, (dan begitu juga sebaliknya)

3. Berilah hadiah pada ayah dan ibu kita di tarikh lahir kita...  hadiah yang paling mahal yang kita mampu beli kn tuk mereka... bukan kita minta hadiah daripada mereka..

  ayah lahirkan dahulu baru ibu... keduanya sangat penting..

# dalam sepotong hadis bermaksud "Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab beliau: "Ibumu". Tanya: "Siapa lagi?" Jawab beliau: "Kemudian itu bapamu." "

Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Ibu_Bapa/#ixzz1iy6b1CAm


4. Telefon ibu dan ayah kita sekerap yang bole.. sehebat anak itu adalah sehebat hubungan dia dengan ibu dan ayahnya..

paling hebat, telefon lah mereka setiap hari, 
tak dapat telefon setiap hari, 3 hari sekali bole, seminggu sekali bole,sebulan sekali bole...
-telefon bermesej dengan pakwe/makwe bole, kenapa tak bole dengan ibu dan ayah kita yang paling sayang akan kita...

Thursday, 5 January 2012

baby mohd aiman irfan b saharin dan norhairinna

Salam...

entry kali ini, HN nak berkongsi gambar anak2 buah HN..

HN baru saja mendapat anak buah baru..

yang mana telah dilahirkan pada tanggal 
"02 Disember 2011"

inilah gambar baby tu...


baby ini suka berkerut.. cam HN juga..

 


comel... anak buah lelaki ke-2

namanya: mohd aiman irfan bin saharin dan norhairinna
ayahnya:saharin
ibunya:norhairinna

kelahiran baby ini telah menambah jumlah anak buah HN..

drpd 4 kepada 5 org.. 

dan insyaAllah, dalam tahun ini juga, akan bertambah lagi 2 org...

erm banyaknya anak buah, anak sendiri entah bila nak ada...

hehe... lama lagi kut

Wednesday, 4 January 2012

Tahun baru ku


Assalamualaikum...



HN juga ingin mengucapkan selamat memasuki tahun baru 2012.. dan tahun baru ini jg merupakan tahun umur bertambah dan semakin dekat dengan tarikh kematian...





tak perlu nak sambut sehingga membazir..

cukuplah sekadar "mengucapkan syukur pada ALLAH"
kerana masih memberi kita nafas sehingga kini 
sama2 lah kita muhasabah diri kita..


Wednesday, 7 December 2011

perubahan membawa kepada kebahagiaan

Assalamualaikum...

sekisah cerita pautan pengajaran..

kehidupan barat merubah asia
haramnya air jadikan halal
gaulan maksiat tiada beda
hiburan melampau jadi kemudi 

hadirnya nur ain
"cahaya mata"
sebagai
takdir Allah tentukan jalan hidup
membuka lambayung 
sinar baru kehidupan

betul kata 'nur ain'
"kita akan rasa bahagia bila mana kita berubah ke arah kebaikan"

Doa si anak
membawa kisah baru 
buat si ibu si ayah
walau sakit dilibas
namun hati nurani
terdidik islam
maaf diberi kasih sayang diminta
kerinduan terbalas
hadirnya 
merubah si ibu si ayah

"kadang-kadang Allah hilangkan MATAHARI,
lalu Allah hadirkan GURUH & PETIR,
kita MENANGIS mencari MATAHARI,
namun rupanya 
ALLAH nak beri PELANGI"



kata-kata yang HN kongsikan adalah daripada sebuah cerita yang ditayangkan di televisyen tempatan yang mana  membawa makna besar, semoga kita memperoleh bahagia yang halal buat kita.insyaAllah.

Daripada penceritaan ini, pendapat HN tak sepatutnya DRAMA MELAYU ada konsep atau ada style atau identiti DRAMA BARAT..(fikir-fikirlah sendiri) sehingga meluput budaya ISLAM KEMELAYUAN.

kadang kala,penerbit mahupun penulis skrip mahupun pengarah mahupun pelakon, terlalu mengikut pasaran perfileman.. HN menganggapkan institusi perfileman kita kini terlalu memikirkan KEUNTUNGAN semata daripada nilai ISLAM dalam kehidupan orang MELAYU.. 

Allahu'alam.
~perbaiki diri,peroleh bahagia~
sejarum benang



Sunday, 4 December 2011

first in my life

Assalamualaikum..salam sayang buat pembaca blog HN..

entry kali ini HN nk kongsi cerita sal HN.. selama ini HN x berapa berani nak bawa motor..bawa pun dalam kadar 20km/j je...huhu.

tapi baru-baru ini,HN di beri tekanan oleh senior tuk bawa motor dia ke bilik MPM tuk ambil makanan AJK..

kira tu first time HN bawa moto seorang diri dan alhamdulillah, Allah Maha Kaya dan Maha Memakbulkan doa..


ini lah motor yang HN bawa tu..hehe.. x sangka..

sepanjang HN bawa motor itu, HN tak lepas bibir ini doa agar tiada kereta di belakang HN dan agar Allah mempermudah perjalanan HN..alahamdulillah.. terima kasih Allah.

Wednesday, 23 November 2011

selamat hari lahir buat kalian berdua

Assalamualaikum...

apa khabar semua pengunjung blog dan follower HN??

Diharapkan semua sihat ya..

entry kali ringkas je..

HN nak wish 
"HAPPY BIRTHDAY"

to both of you (24th nov)

my younger sister,finas and my beloved roomate,cik nur

this cake for u...(only pic)


ucapan:
semoga adik dan roomate,sentiasa di lindungi Allah..
to adik--> semoga dapat jawab soalan SPM dgn jayanya dan semoga dapat keputusan yang cemerlang..
to roomate--> semoga anda istiqamah dalam mencari indahnya iman dalam islam..


sebenarnya,HN tak perasan pun befday adik dan roomate sama...hehe..tapi alhamdulillah, Allah beri peluang pada saya tuk wish kepada kedua-duanya..

Monday, 31 October 2011

Tak Lupa dah

Bismillahirahmannirahim..
Assalamualaikum...

entry kali ni ringkas saja berkisar dengan Hari Lahir Kakak pertama saya..

Alhamdulillah,HN dah tak lupa dah nak wish befday kakak HN..dengan ulang tahun nya ini, HN berdoa sgt2 agar, bayi yang dikandungnya selamat dilahirkan ke dunia dengan kesempurnaan sifat manusia...InsyaAllah..rasa tak sabar nak menanti detik bergelar IBU SAUDARA kali ke-5...

bulan 12 atau disember,...insyaAllah hadir seorang lagi penyeri keluarga MD NORIN (ayah HN)
baby..CIk Da kat sini...senyum...huhu..

comel nya...
Dan doa HN tuk kakak Hn adalah semoga dengan kelahiran anaknya yang ke-3 ni adalah sebagai satu langkah perubahan atau penghijrahan amalan dan kesedaran dalam diri nya... berkaitan ISLAM itu mudah dan sangat INDAH dalam mempraktikkan dalam kehidupan seharian..InsyaAllah...


Semoga Allah kabulkan doa2 HN kepada anak buah HN dan kakak HN...

cakap soal anak ni...terfikir juga,bila kah waktunya HN akan menimang anak sendiri..asyik pegang dan jaga anak buah aja..INSYAALLAH..jodoh ditangan Allah...akan sampai waktunya tika HN sudah bersedia masuk ke alam rumah tangga nanti..

Monday, 17 October 2011

video doa dan munajat

Assalamualaikum...
Apa khabar semua sahabat yang menjadi follower serta mereka yang datang menziarah blog HN ni. entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan satu video yang sangat menyentuh jiwa mereka yang mendengarnya. kita manusia tidak pernah dapat lari daripada melakukan kesalahan dan juga kesilapan.

jika kita benar-benar mendengar dengan mata hati kita, mengalirlah butiran airmata kita.insyaAllah..buat anda yang menjadai penyokong

Tuesday, 11 October 2011

macam mana lah boleh lupa...

Assalamualaikum...

setelah sebulan HN tak tulis entry dalam blog ni..
hari ni nk tulis sikit.

11.10.11 
merupakan ulang tahun kakak ke-2 HN yang ke-29. tp HN tak teringat langsung.
Alhamdulillah, hari ni, Allah beri peluang pd HN pergi rumahnya
walau tak sambut besar2
tapi dapat juga hadiahkan dia sepotong kek coklat 
pada dia.


kisah nya camni...

HN datang rumahnya saja ja, nak tengok barang yang HN tinggalkan di rumahnya,
dan dia juga minta tolong pada HN untuk buatkan resume,
katanya dia ada temuduga harini (rabu)
Dalam sibuk tolong dia buat resume tu, ada lah tulis tentang tarikh lahir
HN masih tak perasan pun yang tarikh lahirnya itu adalah hari ni,
sehinggalah dia kata
"tak nk wish ke?"
HN pun tanya "wish apa?"
"hari ini befday aku lah, kak long orang pertama wish kat aku tau"
"Ya Allah, aku lupa lah..sori"

Serius HN lupa. macam mana lah boleh lupa befday kakak sendiri.. 
befday kawan boleh pulak teringat..

pengajarannya, tolong ingat befday adik beradik kita sendiri lebih daripada orang lain

next befday adalah kak long sy..
25.10.11
diharap sangat HN tak lupa..

Sunday, 11 September 2011

tibalah saat kita dalam suatu jalan perjuangan

Assalamualaikum pada kawan semua..

walau tak ramai yang view saya punya blog, namun saya masih ingin 
mengucapkan terima kasih pada kalian yang sudi berkunjung ke blog saya
sedikit ilmu saya perkongsikan tuk anda..

dalam entry kali ini,

saya cuma nak ucapkan selamat datang kepada pelajar baru UM
dan juga pelajar lama UM..

sama2lah kita teruskan perjuangan kita dalam pembelajarannya..